Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Suami isteri beli tanah lot lidi
Sumber: Sinar Harian

Suami Isteri Tertipu Beli Tanah ‘Lot Lidi’, Rugi Lebih RM300,000

Hannah

Suami Isteri Tertipu Beli Tanah ‘Lot Lidi’, Rugi Lebih RM300,000

Sepasang suami isteri yang telah bersara mengalami kerugian melebihi RM300,000 setelah menjadi mangsa penipuan dalam penjualan tanah lot lidi di Jenjarom, Kuala Langat.

Anak perempuan pasangan tersebut menyatakan bahawa ibu bapanya membeli tanah itu pada tahun 2018 setelah penjual menjanjikan proses pemilikan yang cepat, mudah dan teratur.

Menurutnya, ayahnya menggunakan hasil jualan rumah serta sebahagian simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pembelian tersebut.

“Selepas pencen ayah ada beritahu kami dia mahu jual rumah di Klang kerana ingin beli tanah dan bina rumah baharu tetapi tidak pula berbincang dengan kami.

“Kami adik-beradik hanya tahu mengenai perkara tersebut selepas dia memaklumkannya,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Tambahnya, mereka terkejut kerana proses pembelian tanah tersebut sangat singkat, hanya mengambil masa sekitar dua minggu.

Bagaimanapun, mereka tidak mempersoalkan perkara itu kerana menghormati keputusan ayahnya yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri.

“Selepas proses pembelian selesai pada tahun 2018, ayah terus upah kontraktor untuk membina rumah dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air yang siap sepenuhnya sebelum siap 2020.

“Namun, pada November tahun lalu kami sekeluarga dikejutkan dengan kehadiran pemilik tanah sebenar yang memaklumkan bahawa rumah ini dibina atas tanah miliknya,” ujarnya.

Susulan itu, dia berkata, mereka sekeluarga akur dengan kenyataan tersebut dan membenarkan pemilik tanah untuk merobohkan rumah berkenaan.

“Kami telah membuat laporan polis dan berharap ayah dapat menuntut kembali haknya walaupun agak sukar kerana tiada perjanjian sah yang mengatakan jual beli berkenaan ini benar,” katanya.

BACA: Selangor FC Raih Kejayaan di Jakarta, Rangkul Juara RCTI Sports Premium 2024

Sumber: Sinar Harian