Siakap Keli
Selangor juara RCTI Sports Premium 2024
Sumber: Sinar Harian

Selangor FC Raih Kejayaan di Jakarta, Rangkul Juara RCTI Sports Premium 2024

Selangor FC Raih Kejayaan di Jakarta, Rangkul Juara RCTI Sports Premium 2024

Selangor FC melaungkan amaran awal kehadiran mereka sebagai naib juara Liga Super 2023 itu di pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) bukan sekadar biasa-biasa apabila berjaya menjuarai Kejuaraan RCTI Sports Premium 2024 pada Ahad.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Jakarta, pasukan bimbingan Mohd Nizam Jamil menewaskan Persija Jakarta dengan kemenangan tipis 1-0. Gol kemenangan itu dijaringkan melalui tandukkan Alvin Fortes pada minit ketiga perlawanan.

Kejayaan The Red Giants juga turut cemerlang apabila Fortes dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir, manakala Ronnie Fernández dipilih sebagai pemain terbaik keseluruhan kejuaraan tersebut.

Selangor mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Sabah dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan separuh akhir yang sengit.

Selain Selangor, Persija Jakarta dan Sabah, kejuaraan empat penjuru yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai AS$30,000 (RM140,000) itu turut disertai oleh satu lagi wakil dari Indonesia, PSIS Semarang.

Kemenangan ini menandakan trofi kedua kejuaraan empat penjuru yang dimenangi oleh pasukan kendalian Nizam Jamil, selepas mereka turut muncul juara dalam Selangor Kusel Asia Challenge (SAC) 2024 pada April lalu.

BACA: Polis Rampas Telefon Bimbit Milik Ibu Bapa Zayn Rayyan

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.