Siakap Keli
Rumah Kieda Crepe dipecah masuk
Sumber: Sinar Harian

Rumah Usahawan Kieda Crepe Dipecah Masuk, Kerugian Cecah RM800,000

Rumah Usahawan Kieda Crepe Dipecah Masuk, Kerugian Cecah RM800,000

Seorang usahawan pencuci mulut mengalami kerugian RM800,000 apabila rumahnya di Kepala Batas dipecah masuk oleh penjenayah pada April lalu.

Perkara ini didedahkan oleh Siti Nur Khalieda Yusra, pemilik Kieda Crepe, melalui beberapa platform media sosialnya pada malam Ahad, selepas 40 hari kejadian berlaku.

Menurut Kieda, kejadian berlaku pada 25 April, antara jam 8 hingga 11 malam. Kejadian tersebut disedari mereka ketika pulang ke rumah selepas selesai berniaga.

“Pada hari berkenaan, kami baru balik ke rumah pada jam 11.40 malam. Suami, Mohd Hilmy Mohd Zaki masuk ke rumah dahulu sementara saya dan anak-anak berada di dalam van.

“Suami menyedari ada yang tak kena dengan rumah kami apabila mendapati keadaan rumah tidak seperti biasa kerana langsir terangkat dan ada baju kurung atas kusyen.

“Ini kerana, pada jam 7 malam hari sama, dia pulang ke rumah untuk menyediakan keperluan anak dan mengemas rumah,” katanya.

Kieda menjelaskan bahawa selepas mendapati ada sesuatu yang mencurigakan, suaminya meminta dia menghubungi sepupunya yang tinggal berdekatan untuk bantuan.

“Dia juga menyuruh saya dan anak-anak tunggu di dalam van dan mengunci pintu untuk keselamatan. Suami dan sepupu telah memeriksa sekeliling rumah dan mendapati salah satu tingkap telah pecah.

“Suami periksa pada tingkap, nampak kesan cungkil dan disepak. Suspek hanya menggeledah bilik. Kami mengesyaki penjenayah baru masuk kerana kesan tapak kasut masih basah dan bau badan yang sangat busuk,” jelasnya.

BACA: Kes Scammer: Pengarah Urusan Terpedaya, Rugi RM520,000

Jelas usahawan itu lagi, dia dan suaminya menyedari bahawa peti besi yang mengandungi barang kemas bernilai RM800,000 hilang ketika mengemas bilik tidur yang berselerak akibat diselongkar penjenayah.

“Selepas mengemas bilik, baru kami sedar ada satu barang saja yang hilang iaitu peti besi. Saya dan suami menangis sekuat-kuatnya selepas menyedari peti besi hilang.

“Peti besi anggaran berat 200 kilogram itu disimpan di dalam almari. Di dalam peti besi itu ada semua barang kemas saya. Selepas keluarga dan kakitangan datang ke rumah, baru kami berdua ke balai polis untuk buat laporan,” katanya.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Zulkeflee Sulaiman mengesahkan kejadian itu berkata, polis menerima dua laporan polis daripada mangsa iaitu pada hari kejadian dan dua hari selepas kejadian.

“Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan tiada sebarang petunjuk berikutan tujuh cap jari yang ditemui di lokasi kejadian, tiada di dalam pangkalan data kami.

“Selain itu, kamera litar tertutup di rumah mangsa juga telah rosak untuk membolehkan kami menjalankan siasatan di lokasi kejadian,” katanya lagi.

Tambah beliau, jumlah kerugian masih belum dapat disahkan kerana polis belum menerima dokumen barangan yang hilang tersebut.

Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

BACA: Juruterbang Maut, Seorang Cedera Dalam Nahas Udara Di Portugal

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.