Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
MrBeast subscriber paling ramai dunia
Kredit: AFP

Ada Lebih 270 Juta, MrBeast Dinobat Youtuber Dengan “Subscriber” Paling Ramai Di Dunia

Athirah

Ada Lebih 270 Juta, MrBeast Dinobat Youtuber Dengan “Subscriber” Paling Ramai Di Dunia

Pencipta kandungan terkenal, Jimmy ‘MrBeast’ Donaldson berjaya mengatasi T-Series untuk muncul sebagai saluran dengan jumlah pengikut tertinggi di Youtube, lapor portal BBC.

T-Series, iaitu sebuah saluran dari India yang sering memuat naik trailer dan video muzik memegang rekod sebagai saluran dengan pengikut teramai selama lima tahun, sebelum dipintas oleh saluran MrBeast.

Sebelum mencipta rekod berkenaan, MrBeast memang sudah terkenal sebagai antara pempengaruh dengan bilangan pengikut teramai merentasi pelbagai platform media sosial.

Saluran Youtube beliau kini memiliki lebih 270 juta pengikut, iaitu lebih kira-kira 4 juta daripada bilangan pengikut yang saluran T-Series miliki ketika ini.

Melalui saluran tersebut, MrBeast telah memuat naik lebih 800 video yang merangkumi pelbagai genre dan aksi-aksi ekstrem.

MrBeast pintas T-Series, muncul saluran Youtube dengan bilangan subscriber paling ramai di dunia

Antaranya pengalaman dikebumikan hidup-hidup, mementaskan versi sebenar siri televisyen drama survival Korea Selatan, Squid Game dan pelbagai kandungan lagi.

Dalam pada itu, MrBeast turut berkongsi rasa puas hatinya selepas berjaya memintas bilangan pengikut saluran T-Series.

Menurut satu hantaran rasmi di akaun X miliknya, MrBeast berkata misi balas dendam bagi pihak PewDiePie juga berjaya dilunaskan.

PewDiePie merupakan pencipta kandungan terkenal yang memiliki ratusan pengikut di Youtube. Saluran Youtubenya memiliki pengikut teramai di dunia sebelum dipintas oleh T-Series pada 2019.

MrBeast juga mendedahkan bahawa saluran Youtubenya turut mencatatkan rekod lonjakan pengikut dalam tempoh sehari dengan bilangan pengikut bertambah lebih 2 juta orang pada Sabtu lepas.

Kekalkan pengaruh sebagai pencipta kandungan terkemuka dunia

Selain saluran MrBeast, beliau juga memiliki beberapa saluran Youtube lain yang didedikasikan secara khas untuk beberapa aktiviti seperti permainan mudah alih dan aktiviti kedermawanannya.

Menariknya, semua saluran Youtube berkenaan turut memiliki jumlah pengikut yang ramai sehingga ada yang mencecah puluhan juta langganan.

Dengan rekod ini juga, MrBeast mengekalkan pengaruhnya sebagai pencipta kandungan terkemuka dan antara terkaya di dunia.

Terdahulu pada 2022, Forbes menganggarkan MrBeast memiliki kekayaan kira-kira USD 500 juta.

BACA: MrBeast Cecah 200 Juta ‘Subscribers’, Kedua Tertinggi Di Dunia

Sumber: BBC