Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Lee Guan Chong Meninggal Dunia
Gambar: BERNAMA

Jurulatih Badminton Era 70-An Lee Guan Chong Meninggal Dunia

Iqbal Yasir

Jurulatih Badminton Era 70-An Lee Guan Chong Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) — Bekas jurulatih skuad badminton beregu lelaki kebangsaan Lee Guan Chong meninggal dunia di Hospital Pantai, Bangsar di sini pagi tadi.

Anak mendiang Eric Lee ketika dihubungi Bernama berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 7.52 pagi akibat sakit tua pada usia 87 tahun.

Menurutnya mendiang aktif sebagai jurulatih badminton di Royal Lake Club dan Bukit Kiara di sini sebelum bersara pada 2017.

Eric berkata upacara penghormatan terakhir akan diadakan pada esok dan Khamis sebelum upacara pembakaran jasad mendiang dijalankan pada Jumaat di PJCCA Gui Yuan Crematorium, Petaling Jaya.

Guan Chong merupakan jurulatih skuad beregu lelaki kebangsaan untuk Piala Thomas 1975 dan 1976.

BACA: Pokok Tumbang Hempap Kereta: Lima Termasuk Dua Kanak-Kanak Selamat

Pada 1976, skuad negara memperoleh pingat perak selepas tewas kepada Indonesia 9-0 pada aksi final.

Dalam pada itu bekas pemain negara Datuk James Selvaraj yang juga anak didik Guan Chong berkata pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat arena sukan tanah air.

Menurutnya Guan Chong merupakan seorang jurulatih yang tegas namun banyak mencurahkan ilmu kepada pasukan kebangsaan bagi berentap pada Piala Thomas edisi 1975 dan 1976.

“Jurulatih Guan Chong membimbing skuad beregu lelaki negara pada 1975 dan 1976 dan pada ketika itu saya beraksi bersama Moo Foot Lian dan satu lagi gandingan, Dominic Soong-Cheah Hong Chong.

“Beliau sangat tegas untuk memastikan kami dapat keputusan baik, tetapi beliau sangat ramah dengan pemain ketika itu,” katanya.

Sumber: BERNAMA