Siakap Keli
kereta masalah bateri starter
Kredit: @altimatautogarage 

Kereta Tak Hidup? Mekanik Dedah Ini Beza Antara Masalah Bateri Dengan “Starter”

Kereta Tak Hidup? Mekanik Dedah Ini Beza Antara Masalah Bateri Dengan “Starter”

Kereta merupakan kenderaan peribadi yang dimiliki sekurang-kurangnya sebuah bagi setiap isi rumah di Malaysia.

Setiap pemilik kereta pastinya menginginkan agar kereta masing-masing sentiasa berada dalam keadaan yang baik, malah boleh digunakan sepanjang masa tanpa sebarang masalah.

Namun begitu, lumrah ciptaan manusia, pasti ada hari di mana kenderaan anda akan meragam tanpa sebab, kan?

Misalnya, kereta tiba-tiba tidak boleh dihidupkan. Apabila situasi itu berlaku, sudah tentu tergendala semua urusan pada hari tersebut dan menambah lagi beban yang sedia ada apabila perlu mengeluarkan wang untuk kos pembaikan.

Pada waktu yang sama, adakala kita menjadi keliru sama ada bahagian bateri atau bahagian komponen lain menjadi punca kereta tidak dapat dihidupkan.

Jadi kali ini, SK akan berkongsikan tip cara untuk mengenalpasti punca kereta tidak dapat dihidupkan, sama ada kerana masalah bateri ataupun masalah starter.

Cara nak tahu beza antara masalah bateri dengan “starter” bila kereta tak boleh hidup

Untuk makluman pembaca, tip berkenaan diambil daripada perkongsian mekanik menerusi TikTok @Altimat Auto Garage.

Menurut @Altimat Auto Garage terdapat dua situasi yang biasanya berlaku apabila kereta tidak dapat dihidupkan.

Dalam situasi pertama, ketika anda memulas kunci kereta, enjin akan mengeluarkan bunyi namun tidak dapat dihidupkan. Sekiranya itu yang berlaku, ini bermaknan kereta anda mengalami masalah bateri atau lebih teruk, bateri mungkin rosak.

Manakala dalam situasi kedua pula, anda memulaskan kunci untuk menghidupkan kereta namun enjin langsung tidak mengeluarkan bunyi.

Dalam situasi tersebut, @Altimat Auto Garage berkata masalah yang berlaku mungkin berpunca daripada starter kenderaan.

@Altimat Auto Garage turut berkongsi anda perlu mengetuk sedikit pada bahagian atas starter jika komponen itu yang mempunyai masalah. Dengan ketukan tersebut, kereta anda mungkin dapat dihidupkan selepas itu.

Namun begitu, perlu diingatkan kenderaan hendaklah dibawa ke pusat penyelenggaraan selepas itu untuk pemeriksaan lanjut.

Video tersebut memberi manfaat kepada para penonton

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

Anda juga boleh menonton video daripada @altimatautogarage di bawah untuk memahami lebih lanjut cara yang dimaksudkan. Semoga bermanfaat.

BACA: Kereta Terbabas Masuk Parit, Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Kereta

@altimatautogarage

Beza antara bateri kereta yang rosak dan starter kereta yang rosak! #bengkel #bengkelkereta #bengkelservicekereta #bengkelkeretakuang #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelrepairaircondkereta #minyakhitamkereta #automotifmalaysia #bengkelrepairkereta #bengkelbumiputera #otomotif #aircondkereta #aircondkeretabaubusuk #aircondkeretabocor #otomotifmobil #otomotifindonesia #bengkelmalaysia #aircondkeretataksejuk #automotive

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage

Sumber: @altimatautogarage 

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.