Siakap Keli
Sebab duit KWSP cepat habis
Sumber: Sinar Harian

Ramai Tak Sedar, Pakar Dedah 5 Sebab Duit KWSP Cepat Habis

Ramai Tak Sedar, Pakar Dedah 5 Sebab Duit KWSP Cepat Habis

Duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sepatutnya digunakan untuk kehidupan selepas bersara. Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa wang simpanan tersebut boleh ‘lesap’ dalam tempoh singkat, antaranya digunakan untuk menyelesaikan hutang pinjaman dan membiayai kos perubatan.

Pakar Kewangan Pengguna, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada situasi ini, termasuk mengubah suai rumah, menjadi ‘bank tanpa faedah’ kepada anak-anak dan membuat pelaburan yang tidak sah atau tidak berfaedah.

“Kebanyakan masyarakat kita tidak mempunyai perlindungan takaful. Jadi apabila sudah mencapai usia persaraan, banyak wang digunakan untuk tujuan perubatan dan ini tidak boleh elak.

“Selain itu, kebanyakan mereka menggunakan wang KWSP untuk menyelesaikan pelbagai hutang seperti rumah, kenderaan dan pinjaman peribadi.

“Namun, ada juga membelanjakan kepada perkara tidak penting seperti buat ubah suai rumah dan menjadi bank kepada anak-anak hingga sanggup menanggung sepenuhnya kenduri kahwin mereka.

“Akhirnya, duit yang sepatutnya digunakan untuk menjalani kehidupan lebih baik dan selesa dalam tempoh persaraan menjadi sebaliknya,” katanya.

Jelas Mohamad Fazli, risiko pekerja jatuh miskin pada usia tua akibat ketiadaan tabungan kewangan yang mencukupi telah lama menjadi isu yang diperkatakan.

Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan rakyat masih kurang memahami kepentingan menabung untuk masa depan dan lemah dalam pengurusan kewangan mereka.

“Keadaan ini turut mendorong sesetengah mereka terlibat dengan skim pelaburan tidak sah. Bukan sahaja tidak dapat untung, malah ada yang rugi,” katanya.

5 sebab duit KWSP cepat habis

  1. Ubah suai rumah
  2. Belanja kenduri kahwin anak
  3. Bayar hutang
  4. Biayai kos perubatan
  5. Terlibat pelaburan tidak sah

Susulan itu, pengurusan kewangan yang baik perlu ditingkatkan dalam kalangan rakyat untuk memastikan mereka mempunyai kehidupan yang selesa selepas bersara.

BACA: Pakar Dedah Ramai Tak Sedar, Penapis Air ‘Makan’ Elektrik Kuat Macam Peti Ais & “Aircond”

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.