Siakap Keli
RTM rehatkan usatz don
Gambar: BERNAMA

RTM Rehatkan Ustaz Don Daripada Program Salam Baitullah

RTM Rehatkan Sementara Ustaz Don Daripada Program Salam Baitullah

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dilapor telah merehatkan penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid daripada terlibat dengan program Salam Baitullah.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman melalui satu hantaran di platform X (dahulunya Twitter).

“ Untuk meredakan keadaan, saya telah meminta kepada pasukan untuk merehatkan dahulu Ustaz Don daripada program Salam Baitullah” kata Suhaimi ringkas.

Menerusi tinjauan yang dibuat di laman X, hantaran berkenaan didapati dibuat kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan alasan atau mengulas lanjut berkenaan tindakan tersebut.

Sumber: Suhaimi Sulaiman

Athirah

When nothing goes right, go left.