Siakap Keli
Curi Honda ceroboh rumah
Gambar: CCTV viral

Suspek Sempat Ceroboh Rumah Di Karak & Tidur Selepas Curi Honda City

Suspek Sempat Ceroboh Rumah Di Karak & Tidur Selepas Curi Honda City

Suspek yang mencuri kereta jenis Honda City di sebuah stesen minyak di Semambu pada Isnin dilapor turut menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis, dekat Karak.

Menurut Sinar Harian, suspek yang diberkas oleh polis hari ini sempat tidur di rumah yang didiami suami isteri dan tiga orang anak berkenaan kira-kira tiga jam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira 12.45 tengah malam selepas pemilik rumah menghubungi polis.

Tambahnya, menurut keterangan pemilik rumah pada Selasa, suspek datang dan terus masuk ke dalam rumah itu kira-kira jam 10 malam.

“Suspek kemudian telah mengurung penghuni rumah dalam sebuah bilik. Suspek kemudian telah tertidur di ruang tamu sebelum pemilik rumah menghubungi pihak polis.

“Suspek yang beralamat di Sungai Isap, Kuantan itu mempunyai enam rekod jenayah lampau dalam kes dadah dan jenayah dan kali terakhir dibebaskan dari penjara pada tahun lepas,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Polis turut merampas barang yang dicuri oleh suspek berkenaan

Kata Yahaya, susulan penahanan suspek, pihak polis turut melakukan rampasan ke atas suspek dan menemui satu unit kawalan jauh kereta, seutas jam tangan jenama Bonia, dua gunting, pisau dan telefon bimbit jenama Vivo.

Menurutnya lagi, suspek mengaku turut terlibat dalam kes kecurian motosikal dan kereta jenis Honda di Kuantan berdasarkan siasatan awal.

Dalam pada itu, suspek turut menukar nombor pendaftaran kereta itu ke nombor pendaftaran palsu dan meninggalkan kereta terbabit di kawasan pasar malam awam Karak.

Suspek curi Honda City sempat ceroboh rumah selepas curi kereta

Ujar Yahaya lagi, kereta jenis Honda City itu tidak mengalami sebarang kerosakan. Bagaimanapun kesan calar ditemui di beberapa bahagian selepas tampalan poster dipercayai dikikis oleh suspek supaya tidak dapat dikesan.

“Suspek kemudian telah menumpang orang awam ke kampung terbabit sebelum menceroboh rumah penduduk,” ujarnya.

Menurut laporan Sinar Harian lagi, pihak polis turut melakukan ujian air kencing suspek dan suspek didapati positif dadah.

Ujarnya lagi, suspek telah direman selama dua hari bermula Rabu serta menghargai kerjasama orang ramai dalam kes tersebut.

BACA: RTM Rehatkan Ustaz Don Daripada Program Salam Baitullah

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.