Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Polis Selangor Akan Mohon Sambung Tempoh Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan
Polis Diraja Malaysia dilapor akan memohon untuk menyambung reman ke atas ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan pada Jumaat ini bagi membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya akan membuat permohonan untuk menyambung reman terhadap pasangan suami isteri itu selepas tempoh reman tamat pada hari yang sama.
“Esok kita akan mohon untuk menyambung reman,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan peguam ibu bapa Zayn Rayyan memaklumkan beliau tidak dibenarkan untuk bertemu dengan kedua-dua pasangan tersebut yang berada dalam tahanan reman.
Polis mohon sambung reman ke atas ibu bapa Zayn Rayyan esok
Peguam mereka, Fahmi Abd Moin yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya berkata beliau sudah memohon jasa baik polis untuk bertemu namun tidak dibenarkan.
Pada 1 Jun lalu, Ketua Polis Selangor mengesahkan pihaknya telah menahan kedua-dua ibu bapa Zayn Rayyan di kediaman keluarganya di Puncak Alam, kira-kira jam 10.05 pagi, pada 31 Mei.
Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan polis berkaitan kes pembunuhan anak pasangan terbabit.
Sebelum ini, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai pada 5 Disember tahun lepas.
Bagaimanapun, sehari kemudian dia ditemui meninggal dunia selepas mayatnya dijumpai berdekatan saliran air, kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya di Apartment Idaman.
Menurut Sinar Harian, mangsa kemudian disahkan telah dibunuh selepas bedah siasat yang dibuat menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.
BACA: Reman Tujuh Hari, Ibu Bapa Zayn Rayyan Disiasat Di Bawah 302 Kanun Keseksaan
Sumber: Sinar Harian