Siakap Keli
Warga emas maut putus kaki kanan
Sumber: Sinar Harian

Warga Emas Maut, Putus Kaki Kanan Selepas Motosikal Dirempuh Dari Belakang

Warga Emas Maut, Putus Kaki Kanan Selepas Motosikal Dirempuh Dari Belakang

Seorang lelaki warga emas maut dan putus kaki kanan selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Kilometer 27 Jalan Tawau-Semporna pada Rabu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.55 petang itu, mangsa yang berusia 70 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang menunggang motosikal tersebut turut mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan sebuah motosikal.

Terbang Tawau menuju ke Bandar Tawau, manakala motosikal dari arah Inderasabah menuju ke Kampung Blok 31 Jalan Apas.

“Sebaik tiba di lokasi, penunggang motosikal tiba-tiba mengubah laluan ke lorong kanan lalu masuk ke laluan MPV dan disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu tersebut tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, akibat kejadian terbabit, motosikal mangsa terseret ke bahu kiri jalan manakala MPV tersebut berpusing dan terseret sehingga ke bahu kiri jalan.

“Pembonceng motosikal meninggal dunia akibat kecederaan parah dan putus kaki sebelah kanan, manakala penunggang cedera di bahagian kepala.

“Pemandu dan penumpang MPV tidak mengalami sebarang kecederaan. Polis masih meneruskan siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sebelum itu, tular satu video berdurasi 18 saat yang memaparkan seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dan mengalami kecederaan parah serta kehilangan kaki kanan selepas terlibat dalam kemalangan.

BACA: Selesema Burung H5N2: Lelaki Meninggal Dunia Disahkan Kes Kematian Pertama

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.