Siakap Keli
Saya Dianiaya
Kredit: Sinar Harian

“Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah”, Jeritan Bapa Zayn Rayyan Di Mahkamah

“Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah”, Jeritan Bapa Zayn Rayyan Di Mahkamah

Bapa kepada Zayn Rayyan, kanak-kanak autisme yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu, telah tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat, lapor Sinar Harian.

“Saya dianiaya, ini semua fitnah,” ujarnya semasa dibawa ke mahkamah berkenaan.

Menurut portal Sinar Harian lagi, ia sekaligus mengundang jeritan ahli keluarganya yang berkumpul di luar mahkamah.

Seorang peguam, Fahmi Abd Moin yang mengesahkan bahawa beliau telah dilantik bagi mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak itu turut tiba di mahkamah kira-kira jam 8.25 pagi.

Mayat Zayn Rayyan ditemui terbaring di sungai pada 6 Disember

Terdahulu, negara di digemparkan berita Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia sehari selepas kehilangannya dilaporkan media.

Jasad kanak-kanak malam itu ditemui di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman di Damansara Damai kira-kira jam 10 malam, 6 Disember tahun lepas.

Mayat Zayn Rayyan dikatakan ditemui oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.

Media tempatan turut melaporkan jasad Zayn Rayyan dijumpai di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya.

BACA: Polis Selangor Akan Mohon Sambung Tempoh Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan

BACA: 37 Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel Ke Atas Sekolah Kendalian PBB Di Gaza

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.