Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
37 terbunuh serangan israel
Kredit Gambar: AFP

37 Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel Ke Atas Sekolah Kendalian PBB Di Gaza

Azizah Najib

37 Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel Ke Atas Sekolah Kendalian PBB Di Gaza

Sekurang-kurangnya seramai 37 orang dilaporkan telah terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah sekolah yang dikendali oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di tengah Gaza pada Khamis.

Menurut AFP, Hospital Shuhada Al-Aqsa, sebuah hospital di Deir al-Balah berdekatan Nuseirat memaklumkan telah menerima 37 jenazah tersebut.

Salah seorang anggota perubatan di hospital tersebut berkata, satu lagi serangan Israel pada awal pagi telah mengorbankan seramai enam orang di sebuah rumah di kem pelarian Nuseirat. Sementara itu, beberapa orang saksi turut melaporkan berlakunya serangan di kem Bureij dan al-Maghazi dalam kawasan yang sama.

BACA: ICC Mohon Waran Tangkap Netanyahu & Yahya Sinwar

serangan sekolah un 2
Serangan udara Israel ke atas salah sebuah sekolah UN. Kredit Gambar: AFP.

AFP turut menerima laporan daripada sumbernya di Gaza bahawa pesawat Israel turut melancarkan serangan di beberapa kawasan Rafah.

Seorang jurugambar AFP telah pergi ke tempat kejadian dan menyaksikan beberapa rakyat Palestin sedang membersihkan tilam yang berlumuran darah. Beliau turut memeriksa kerosakan sekolah yang menjadi tempat perlindungan penduduk Gaza itu.

Sementara serangan ini berlaku, Israel berdepan dengan pengasingan diplomatik di peringkat antarabangsa, selain menghadapi pertuduhan kes jenayah peperangan. Malah beberapa negara Eropah termasuk Sepanyol pada minggu lalu juga telah mengiktiraf negara Palestin.

BACA: Terpedaya Pelaburan Tidak Wujud, Pesara Hilang RM4.7 Juta

Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares berkata, Madrid berpendirian ke arah penyelesaian konflik kedua negara.

Dalam kenyataan pada Khamis, pihaknya turut berkata mereka akan menjadi negara terbaharu menyertai kes Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang mendakwa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

“Satu-satunya matlamat ialah untuk menghentikan peperangan dan terus ke arah kemajuan,” katanya.

Sementara itu, keadaan terus meruncing bagi rakyat Gaza seperti Muhammad al-Najjar, yang mengatakan terpaksa berpindah dua kali disebabkan serangan itu.

“Apa yang kami tahu, kami sudah penat dan letih. Kami cuma mahu tamatkan malapetaka ini dari hidup kami,” katanya kepada AFP.

Sumber: AFP

BACA: Sidang Kemuncak Denggi Asia Ke-7 Berlangsung Di Kuala Lumpur