Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidiladha Pada 17 Jun

Azizah Najib
sambut aidiladha aidiladha 17 jun
Kredit gambar: BERNAMA

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidiladha Pada 17 Jun

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Mohd Aseral Jusman.

Menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini, Mohd Aseral turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1445 Hijrah adalah pada esok.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1445 Hijrah ialah pada 8 Jun 2024 Masihi.

BACA: Hujan, Ribut Petir Hingga Ahad Di Kebanyakan Tempat

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 17 Jun 2024 Masihi,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Jumpa Papan Liang Dengan Kesan Terbakar, Penggali Kubur Kongsi Kisah Menginsafkan