Bimbangkan Suami, Isteri Masak & Sediakan Stok Makanan Sebulan Sebelum Bersalin
Tindakan seorang wanita Jepun yang sarat hamil sembilan bulan menyediakan stok makanan selama sebulan untuk suaminya sebelum bersalin telah mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.
Menurut South China Morning Post, isu berkenaan mula menarik perhatian warganet di sana selepas wanita itu memuat naik ciapan di laman X mengenai rutinnya menyediakan stok makanan sejuk beku tersebut.
Ujar wanita itu, dia berbuat demikian kerana bakal pulang ke kampung dan akan melalui proses berpantang di rumah ibu bapanya.
Oleh kerana merasa bimbang dengan keadaan suami sepanjang ketiadaannya nanti, dia nekad membuat persiapan awal dengan memasak makanan berkhasiat untuk disimpan di dalam peti sejuk.
Bimbang keadaan suami, isteri sediakan stok makanan sejuk beku sebulan untuk suami
Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan tidak dipersetujui oleh ramai pihak terutamanya dalam kalangan warganet.
Antara perkara yang dibangkitkan adalah suami wanita itu seharusnya menyedari fasa-fasa getir yang sedang dilaluinya, lebih-lebih lagi ketika sedang sarat hamil sembilan bulan.
Selain itu, mereka juga merasakan seseorang lelaki itu harus berdikari dan mampu menjaga diri sepanjang ketiadaan seorang isteri.
Bagaimanapun kata wanita berkenaan, dia menyediakan makanan tersebut kerana suaminya sering berkerja sehingga lewat malam.
Malah, dia juga menegaskan bahawa suaminya seorang yang memahami dan sentiasa memberi sokongan sepanjang dia hamil.
Namun begitu, ada juga segelintir warganet yang memuji tindakan wanita tersebut.
Kata mereka, sebenarnya ramai lelaki yang kurang menguasai kemahiran memasak walaupun hanya untuk perkara-perkara asas. Maka tak hairanlah ada yang memilih untuk menikmati juadah yang sama sahaja setiap hari.
Malah ada juga yang bergurau dengan menganggap tindakan wanita itu menjadi bukti bahawa seorang suami itu ‘tidak boleh hidup’ tanpa seorang isteri disisinya.
BACA: Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci
BACA: Rupanya Ini Maksud Stiker Huruf A, C, T, KA Yang Ditampal Pada Lori
Sumber: South China Morning Post