Siakap Keli
empat cedera kemalangan bke
Kemalangan di Lebuhraya BKE. Kredit: Bernama.

Empat Cedera Dalam Nahas Babit 13 Kenderaan Di Lebuhraya BKE

Empat Cedera Dalam Nahas Babit 13 Kenderaan Di Lebuhraya BKE

ALOR SETAR, 11 Jun (Bernama) — Empat individu termasuk seorang wanita cedera dalam kemalangan melibatkan 13 kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 21 Lebuhraya BKE menghala ke Baling, dekat Kulim hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung nahas itu pada 7.37 pagi tadi.

“Setiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan 13 kenderaan dan empat mangsa termasuk seorang wanita diselamatkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan.

Sumber: Bernama

BACA: Tak Wajar Kaitkan Harga Minyak Semasa Dengan Ucapan Kempen PRU12 – Anwar

BACA: Naik MRT Pergi Ke Ladang Farm Fresh UPM, Ini Caranya

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: