Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
terengganu fc sedia bubar perjanjian penajaan xfox
Kredit: Terengganu FC.

Terengganu FC Sedia Bubar Perjanjian Penajaan Dengan XFOX

Azizah Najib

Terengganu FC Sedia Bubar Perjanjian Penajaan Dengan XFOX

Kelab bola sepak Terengganu FC memaklumkan pihaknya bersedia untuk membubarkan kembali perjanjian penajaan bersama XFOX Market Holdings Sdn Bhd yang mendapat perhatian baru-baru ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, Terengganu FC berkata pembubaran ini merupakan atas persefahaman bersama tanpa sebarang tuntutan antara kedua belah pihak.

Sebelum ini, pihak Terengganu FC telah menandatangani perjanjian bersama XFOX Market Holdings Sdn Bhd berikutan kesesuaian Padang Bola Sepak Sintetik XFOX Arena di Subang Bestari yang disediakan pihak berkenaan.

Namun, kemunculan suasana yang kurang sihat dalam media sosial berkenaan perjanjian yang telah dimeterai pada 9 Jun 2024 mendorong pihak Terengganu FC untuk membuat keputusan ini.

“Proses untuk memuktamadkan penajaan ini telah melalui proses yang menjadi kelaziman bagi pihak Terengganu FC seperti penaja-penaja lain.

“Walaupun begitu, setelah tular perjanjian penajaan ini, munculnya suasana yang kurang sihat dalam media sosial dengan pelbagai tohmahan. Ia sekaligus menjejaskan keharmonian kelab,” katanya.

Menurutnya lagi, kerjasama ini dipandang dari sudut yang berbeza oleh pelbagai pihak dan kelab itu mendapat simpati daripada pihak penaja dalam suasana ini.

BACA: Malaysia Juara Berganda Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Berjaya ‘Libas’ Thailand

Pembubaran perjanjian ini melihat pemulangan semula bayaran penajaan XFOX sebanyak RM1.5 juta oleh pihak Terengganu FC.

“Pihak Terengganu FC akan memulangkan kembali bayaran penajaan pihak syarikat penaja sebanyak RM1.5 juta yang telah selesai dilunaskan.

“Bagi pihak Terengganu FC, kami merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama singkat bersama pihak XFOX Market Holdings Snd. Bhd.

“Sementara itu, dalam tempoh yang masih berbaki, pihak Terengganu FC akan terus berusaha untuk mendapatkan penaja bagi AFF Shopee Cup 2024.

“Semoga dengan keputusan ini akan memberikan keharmonian buat Terengganu FC, XFOX Market Holdings Sdn Bhd dan semua penyokong-penyokong kelab,” ujar kelab tersebut menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook rasmi Terengganu FC.

Sumber: Facebook Terengganu FC

BACA: Kena Tahu Beza Sunat & Wajib, Peserta Korban Tak Boleh Ambil Daging Dalam Keadaan Ini