Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
periksa telur
Kredit: Bernama

Elak Tercemar, Periksa Perkara Ini Dulu Sebelum Beli Telur

Azizah Najib

Elak Tercemar, Periksa Perkara Ini Dulu Sebelum Beli Telur

Telur merupakan makanan asas yang membekalkan protein dalam gizi seimbang selain mudah untuk dibeli di pasaran.

Telur juga merupakan makanan pilihan ramai kerana dikenali sebagai bahan masakan yang boleh disimpan lama sehingga mencecah tiga bulan, jika disimpan dengan baik.

Namun, tahukah anda, telur yang ada di pasaran berkemungkinan sudah terdedah dengan pencemaran? Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella.

Justeru, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan anda terbeli telur rosak atau telur tembelang?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian tip periksa telur dari KKM ini.

Baca Label

Pastikan anda membaca label pada pembungkusan terlebih dahulu dan lihat tarikh pengeluaran atau tarikh luput, jika ada.

Elakkan membeli telur yang sudah lama. Telur yang sudah tidak segar tidak dapat bertahan lama biarpun disimpan di dalam peti sejuk.

Keadaan Telur

Pastikan kesemua telur dalam keadaan yang elok. Perkara yang perlu anda elakkan ialah membeli telur yang pecah dan telur yang telah retak.

Telur yang sudah pecah atau yang kulitnya telah retak berpotensi untuk tercemar. Pelbagai kuman dan bakteria dapat masuk melalui celahan kulit telur yang telah retak.

Pastikan tiada najis pada kulit telur. Najis pada kulit telur sememangnya tidak dapat dielakkan namun anda boleh memilih telur yang paling sedikit terkena najis.

Pastikan telur tidak berbau busuk. Telur tembelang boleh dihidu baunya yang agak tengik atau busuk walaupun kulit tidak dipecahkan.

BACA: Ini Tips Simpan Telur Agar Tahan Lama & Tak Mudah Rosak

Apakah yang akan berlaku jika anda termakan telur yang sudah tercemar dan menyebabkan anda mengalami keracunan makanan?

Kenal pasti gejala berikut dan dapatkan bantuan di klinik terdekat dengan segera.

tip menilai telur
Tip menilai telur sebelum membuat pembelian. Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gejala Keracunan Makanan

Menurut MyHealth, keracunan makanan dapat mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan, selain akan mengakibatkan kematian jika tidak dirawat lebih awal.

Antara gejala yang menandakan anda keracunan makanan ialah rasa loya, cirit-birit, muntah-muntah, sakit perut, berpeluh atau demam, sakit kepala atau keletihan.

Jika anda mengalami keracunan makanan, segera ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Anda juga dinasihatkan untuk menyimpan makanan yang disyaki tercemar untuk siasatan pegawai, jika diminta.

Pastikan makanan tersebut diasingkan supaya tiada orang lain termakan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Hello Doktor, MyHealth

BACA JUGA: Kena Tahu Beza Sunat & Wajib, Peserta Korban Tak Boleh Ambil Daging Dalam Keadaan Ini