Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Lokasi Smart Lane Aidiladha
Gambar: BERNAMA

Hari Raya Aidiladha: Laluan Smart Lane Di 18 Lokasi Diaktifkan – PLUS

Iqbal Yasir

Hari Raya Aidiladha: Laluan Smart Lane Di 18 Lokasi Diaktifkan – PLUS

KUALA LUMPUR — Sebanyak 18 laluan Smart Lane di beberapa lokasi tumpuan diaktifkan bagi membantu pergerakan trafik di lebuh raya pada cuti perayaan Hari Raya Aidiladha nanti, maklum PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

PLUS dalam kenyataan hari ini berkata lorong kecemasan yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong di laluan kritikal lebuh raya.

“Orang ramai boleh mengenal pasti laluan Smart Lane melalui pemasangan lampu hijau berkelip untuk menunjukkan laluan berkenaan diaktifkan dan boleh digunakan.

“Selain itu PLUS turut meletakkan papan tanda pemberitahuan dan peringatan di lokasi-lokasi Smart Lane terlibat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Antara 18 laluan Smart Lane yang terlibat ialah Sungai Petani (Selatan) – Hentian Sebelah Tikam Batu, Bukit Tambun (Utara) – Plaza Tol Juru, Bandar Cassia – Hentian Sebelah Sungai Bakap dan Gua Tempurung – Gopeng.

Turut terlibat laluan di Slim River – Sungkai, Sungkai – Slim River, R&R Rawang – Sungai Buaya, Hentian Sebelah Rawang – Persimpangan Rawang dan Nilai – R&R Seremban.

Selain itu, laluan yang lain ialah laluan di Putra Mahkota – Southville, Restoran Jejantas USJ – Seafield (Lebuhraya ELITE), Bandar Saujana Putra – Putra Heights (Lebuhraya ELITE) dan Port Dickson – Seremban.

Seterusnya, Ayer Keroh – Hentian Sebelah Kampung Bemban, Kulai – Senai, Senai – Kulai, Desa Palma – Pasir Gudang dan Pandan – Kempas.

BACA: “Indonesia Akan Jadi Pasukan Terbaik Tak Lama Lagi,” Pan-gon Cadang Malaysia Ikut Jejak Langkah Indonesia

Tambah syarikat konsesi itu, Smart Lane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang.

Ia membolehkan pengguna untuk memasuki Lorong Kecemasan untuk sementara waktu sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama lebuh raya bagi meneruskan perjalanan mereka.

Walau bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali untuk memandu di lorong kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan Smart Lane diaktifkan.

Sementara itu, bagi mengelakkan gangguan terhadap pergerakan trafik, PLUS akan memastikan tiada penutupan lorong untuk kerja-kerja penyelenggaraan di Lebuhraya PLUS di antara 12 Jun hingga 19 Jun 2024 yang akan datang.

Namun begitu, pengecualian diberikan untuk kerja-kerja kecemasan, pengalihan kemalangan serta pembaikan kritikal.

“Untuk mengagihkan trafik, PLUS turut menyediakan jadual perjalanan digital iaitu MyPLUS TTA menerusi Aplikasi PLUS.

“Untuk mendapatkan jadual digital MyPLUS-TTA, pengguna lebuh raya boleh memuat turun Aplikasi PLUS dan mendaftarkan perjalanan mereka untuk memilih waktu perjalanan yang paling optimum pada perjalanan sempena perayaan Aidiladha di antara 13 Jun hingga 18 Jun 2024 yang akan datang,” maklum PLUS.

Gambar: PLUS

Selain itu, orang ramai juga boleh menikmati kemudahan tandas awam yang telah ditambah baik di 32 lokasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) hentian sebelah serta plaza tol terpilih.

BACA JUGA: “Bila Penat Kerja, Saya Tengok Gambar Keluarga,” Bapa Travel Lebih 300km Sehala Cari Rezeki Keluarga

Antaranya di Restoran Jejantas Sungai Buloh, R&R Machap (Arah Utara), Hentian Sebelah Pedas Linggi (Kedua-dua Arah), Hentian Sebelah Tangkak (Kedua-dua Arah), Hentian Sebelah Bukit Gantang (Kedua-dua Arah), serta di beberapa lagi lokasi lain.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik dengan mengikuti X @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik di lebuh raya dan menerusi saluran stesen radio utama negara.

Sumber: PLUS