Siakap Keli
kanak-kanak berpakaian askar sultan pahang
Gambar: TikTok @thesk.7

Kanak-Kanak Lelaki Berpakaian Askar Raih Perhatian Sultan, Permaisuri Pahang

Kanak-Kanak Lelaki Berpakaian Askar Raih Perhatian Sultan, Permaisuri Pahang

Seperti yang diketahui, Kerabat Diraja negeri Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan Sultan yang berjiwa rakyat.

Sepanjang pemerintahan, baginda banyak turun padang menyantuni rakyat-rakyat di Semenanjung termasuk di Sabah dan Sarawak.

Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki lengkap berpakaian askar serta beret semasa bertemu dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

Dalam klip berdurasi 37 saat itu, ia memaparkan kanak-kanak lelaki tersebut sedang menjiwai watak seperti dalam menjadi salah seorang anggota beruniform askar.

Lebih menarik, kanak-kanak itu siap melakukan ‘tabik hormat’ dan perkara itu telah mencuri tumpuan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah hingga baginda memberhentikan kereta.

“Macam muka Tengku Hassanal”

Gambar: TikTok @thesk.7

Ketika berdiri di hadapan Al-Sultan Abdullah, kanak-kanak itu juga melakukan angkat sembah sebagai tanda hormat.

“Macam muka Tengku Hassanal,” titah Tunku Azizah.

Baginda Al-Sultan Abdullah yang terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu turut berdiri bersamanya sambil melakukan tabik hormat, sementara Tunku Azizah mengambil gambar.

Baginda sempat bertanyakan nama kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Azrif.

Gambar: TikTok @thesk.7

BACA: Siap Menari, Permaisuri Agong “Sporting” Layan Gelagat Wanita Melatah 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bangga dengan tindakan kanak-kanak tersebut.

Tambahan lagi, mereka menyifatkan satu momen manis yang bakal diingatinya kelak kerana tidak ramai yang berpeluang untuk melihat dan bertemu dengan golongan Diraja.

“Comel,” komen salah seorang pengguna.

“Aku lahir Negeri Sembilan pun sayang Sultan Pahang ni, sporting,” komen seorang lagi pengguna.

“Sultan berjiwa rakyat,” tulis pengguna lain.

“Kedua-dua Tuanku tetap di hati walaupun tak lagi jadi DYMM Agong dan Permaisuri,” komen pengguna lain.

“Assalamualaikum. bertuah budak ni. Dari kecil sudah diajar hormatkan Sultan. Momen yang sangat mengharukan. Rasa bangga sangat suatu kenangan yang sangat berharga,” komen salah seorang warga maya.

Untuk makluman, video ini mendapat hampir 500,000 tontonan dengan lebih 34,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen.

BACA JUGA: Tunku Azizah Permaisuri Yang Sempurna, Titah Al-Sultan Abdullah

@thesk.7

Replying to @꧁⭑⭒ King Shuk ⭑⭒꧂ Adik ni jmpe Sultan Pahang & Tengku Ampuan Pahang lagi 😁 credit:owner #fyp #royalpahang #sultanpahang #alsultanabdullah #tengkuampuanpahang #tunkuazizah

♬ original sound – Thesk.8 – Thesk.8

Sumber: TikTok @thesk.7

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"