Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Lelaki cederakan teman wanita
Gambar Hiasan

Lelaki Cederakan Teman Wanita, Rosakkan Harta, Didenda RM4,000

Hannah

Lelaki Cederakan Teman Wanita, Rosakkan Harta, Didenda RM4,000

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Seorang lelaki didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan teman wanitanya serta merosakkan komputer riba dan telefon milik wanita itu, tiga bulan lepas.

Majistret Aina Azahra Ariffin menjatuhkan hukuman itu ke atas Wan Mohammed Adam Wan Mohammed Hazerrey, 28, selepas tertuduh mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan serta turut memerintahkan lelaki itu dipenjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah memukul, menendang, menumbuk, menampar dan mencekik di bahagian muka, badan serta kepala teman wanitanya, Lee May Wen Andrea, 30, manakala bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa atas pertuduhan melakukan khianat iaitu memecahkan komputer riba dan telefon bimbit milik teman wanitanya.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Sentul di sini pada 1 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada 5 pagi, 1 Mac lepas, pengadu (teman wanita) telah melihat tertuduh bertindak agresif dengan cara melompat, menjerit dan cuba membuka pintu di balkoni untuk melompat ke bawah.

Pengadu dan rakannya cuba menghalang dan menenangkan tertuduh namun dia telah dipukul sehingga cedera di pipi.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Izzat Amir memohon agar hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh sebagai pengajaran manakala tertuduh dalam rayuannya memohon agar hukuman ringan diberikan atas alasan dia mengalami gangguan bipolar.

BACA: Pelajar Lelaki 16 Tahun Ditahan, Tikam Rakan Asrama Dengan Pisau

BACA: Polis Tahan Datuk & Nenek Zayn Rayyan

BACA: Wanita Ditemui Maut, Dipercayai Ditikam Suami Sendiri Ketika Bertengkar

Sumber: Bernama