Siakap Keli
Pelajar tikam rakan asrama ditahan
Sumber: RTM

Pelajar Lelaki 16 Tahun Ditahan, Tikam Rakan Asrama Dengan Pisau

Pelajar Lelaki 16 Tahun Ditahan, Tikam Rakan Asrama Dengan Pisau

Seorang pelajar lelaki 16 tahun ditahan oleh pihak polis akibat menikam rakan asrama dengan pisau dalam satu pergaduhan.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Ipoh, semalam.

Akibatnya, seorang pelajar cedera ditikam di bahagian dada, belakang badan dan peha.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Penolong Pesuruhjaya Polis Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan kejadian ini berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 4.31 petang.

Menurut beliau, mangsa ditikam di bahagian dada, belakang badan dan peha menggunakan dua bilah pisau dan kini menerima rawatan di Hospital Seri Botani.

Ekoran kejadian tersebut, pihak polis menahan pelajar lelaki berkenaan untuk membantu siasatan.

Dalam pada itu, permohonan reman dibuat pagi tadi di Mahkamah Majistret Ipoh.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.

BACA: Tiada Pengakuan Bersalah, Ibu Zayn Rayyan Hanya Beri Keterangan Kepada Majistret – Peguam

BACA: BERSATU Serah Notis Terhenti Serta-Merta Keahlian Kepada Enam Wakil Rakyat

BACA: Nasib Ibu Bapa Zayn Rayyan Bakal Terjawab Esok

Sumber: RTM

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.