Siakap Keli
6 wakil rakyat BERSATU terhenti keahlian
Kredit: Sinar Harian

BERSATU Serah Notis Terhenti Serta-Merta Keahlian Kepada Enam Wakil Rakyat

BERSATU Serah Notis Terhenti Serta-Merta Keahlian Kepada Enam Wakil Rakyat

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini telah menyerahkan notis terhenti secara serta-merta keahlian kepada enam orang wakil rakyat yang melakukan ketidakpatuhan di bawah Fasal 10.4 Perlembagaan BERSATU.

Setiausaha Agung BERSATU, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, penyerahan notis tersebut adalah selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU yang bermesyuarat pada 7 Jun 2024 dan setelah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang bermesyuarat malam semalam, 11 Jun 2024.

“Bagi kes YB Dato’ Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman, keahlian beliau telah terhenti serta-merta menurut Fasal 10.2.6 Perlembagaan BERSATU.

“Notis terhenti secara serta-merta keahlian telah dihantar kepada beliau lebih awal iaitu pada 17 Mei 2024,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa kesemua proses ini telah dilakukan dengan menepati lunas Perlembagaan parti dan perundangan negara sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan dan/atau di bawah undang-undang kerajaan negeri yang berkenaan.

BACA: Kim Pan-gon Cadang Malaysia Ikut Jejak Langkah Indonesia

BACA: Hari Raya Aidiladha: Laluan Smart Lane Di 18 Lokasi Diaktifkan – PLUS

BACA: Insentif Pembajakan Dinaikkan Dan Insentif Penuaian Diperkenalkan Kepada Pesawah

Sumber: Hamzah Zainudin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.