Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
malaysia ikut jejak indonesia
Gambar: Harimau Malaya

Kim Pan-gon Cadang Malaysia Ikut Jejak Langkah Indonesia

Iqbal Yasir

Kim Pan-gon Cadang Malaysia Ikut Jejak Langkah Indonesia

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mencadangkan agar Malaysia mengikuti jejak langkah Indonesia yang berjaya ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 semalam.

Menurut jurulatih dari Korea Selatan itu, banyak perkara yang perlu diteliti semula dalam aspek pembangunan bola sepak negara khususnya mengembalikan semula Malaysia sebagai pasukan yang digeruni di Asia.

“Saya rasa kita perlu lakukan banyak perkara mengenai perkara ini (pembangunan bola sepak). Realitinya situasi bola sepak di Malaysia, saya dapat lihat bahawa ia agak sukar.

“Tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk memperbaikinya kerana banyak perkara yang perlu diambil kira di sini.

“Tidak boleh nak bandingkan dengan Korea, Jepun kerana mereka mempunyai sistem yang sangat baik. Saya rasa kita perlu semak dan memperbaiki sistem kita untuk melahirkan bakat-bakat muda.

“Ia sangat penting dalam menghasikan bakat baru setiap tahun,” katanya sewaktu ditanya mengenai perancangan membawa Malaysia ke ranking yang lebih tinggi.

Gambar: FAM

BACA: Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Malaysia Terikat 1-1 Dengan Kyrgyzstan

Tambahnya, Malaysia juga boleh mengambil inisiatif seperti jurulatih Indonesia yang melakukan ‘scouting’ di Eropah untuk mencari pemain berdarah kacukan.

Bagaimanapun, dia menekankan pembangunan bola sepak tempatan merupakan tulang belakang dalam menghasilkan pemain tempatan yang terbaik, setelah itu barulah langkah seterusnya boleh dilakukan.

“Bagi saya, Indonesia bakal menjadi satu pasukan terbaik di sini tidak lama lagi kerana mereka meletakkan usaha yang lebih tetapi Malaysia juga perlu mencabarnya,”ujar Pan-gon sewaktu sidang media selepas perlawanan menentang Chinese Taipei semalam.

Tahun ini merupakan tahun yang gemilang untuk bola sepak Indonesia apabila pasukan kebangsaan negara itu terus mencatatkan keputusan positif setakat ini.

Dengan keputusan menang ke atas Filipina semalam, Indonesia sudah pun mengesahkan tempat mereka di Piala Asia yang akan berlangsung di Arab Saudi nanti.

Sementara itu, skuad kebangsaan terpaksa melepaskan slot pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas gagal melayakkan diri meskipun mengutip tiga mata di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Dalam perlawanan tersebut, Malaysia turun dengan misi menang dalam jaringan besar dikejutkan dengan jaringan awal pihak lawan sewaktu babak pertama.

Kembali separuh masa kedua, Harimau Malaya bangkit dengan tiga gol masing-masing daripada Safawi Rasid, Paulo Josue dan Adib Raop untuk membenam Chinese Taipei 3-1.

Saksikan temu bual tersebut bermula pada minit 14:26 di bawah ini.

Sumber: Harimau Malaya