Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
peguam bela ibu bapa zayn rayyan
Peguam bela kepada ibu bapa Zayn Rayyan. Kredit: Sinar Harian.

Tiada Pengakuan Bersalah, Ibu Zayn Rayyan Hanya Beri Keterangan Kepada Majistret – Peguam

Azizah Najib

Tiada Pengakuan Bersalah, Ibu Zayn Rayyan Hanya Beri Keterangan Kepada Majistret – Peguam

Ibu Zayn Rayyan tidak membuat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Petaling Jaya pagi ini, sebaliknya hanya memberikan keterangan di hadapan majistret.

Peguam, Mahmud Jumaat, yang ditemui selepas prosiding secara tertutup itu berkata pihaknya juga telah mengemukakan bantahan kepada majistret berhubung permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan anak guamnya.

Memetik Sinar Harian, beliau membantah permohonan yang dibuat mengikut Seksyen 26 (1) Akta keterangan.

Ibu Zayn Rayyan telah dibawa ke mahkamah terbabit pada pagi tadi dan dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah pada jam 12.50 tengah hari.

Wanita berusia 29 tahun itu dikawal ketat oleh pihak polis di lobi mahkamah sebelum dibawa masuk ke dalam kenderaan.

BACA: Kena Tahu Beza Sunat & Wajib, Peserta Korban Tak Boleh Ambil Daging Dalam Keadaan Ini

Terdahulu, polis telah menahan reman ibu bapa Zayn Rayyan sehingga 13 Jun bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap mereka.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata keterangan tidak konsisten antara faktor tempoh reman ibu bapa kanak-kanak autisme itu disambung, lapor Bernama.

Sementara itu, ibu kepada Zayn Rayyan dibawa semula ke kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai serta lokasi mayat ditemukan berhampiran rumah mereka pada Isnin, dipercayai untuk melakonkan semula kejadian kehilangan kanak-kanak itu sehingga mayatnya ditemui.

Hussein juga berkata kehadiran wanita terbabit di lokasi mayat kanak-kanak autism itu ditemukan dan kediaman mereka adalah sebahagian daripada proses melengkapkan siasatan kes bunuh tersebut.

Ia merupakan antara prosedur atau tindakan yang perlu diambil sebelum kertas siasatan dilengkapkan dan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Imbas kembali, mayat Zayn Rayyan telah ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemukan, Sebahagian Proses Siasatan

BACA: Ibu Bapa Zayn Rayyan Lantik Fahmi Abd Moin Sebagai Peguam Baharu