Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Mekanisme SPENT Beri Peluang Kedua Bekas Banduan
Kredit: Bernama

Mekanisme SPENT Beri Peluang Kedua Bekas Banduan

BERNAMA

Mekanisme SPENT Beri Peluang Kedua Bekas Banduan

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kerajaan akan mengguna pakai amalan terbaik antarabangsa menerusi pengenalan Mekanisme SPENT dalam pindaan Akta Pendaftaran Jenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 (Akta 7) bagi memberi peluang kedua kepada bekas banduan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata mekanisme berkenaan membolehkan pengecualian terhadap rekod jenayah tertentu selepas individu terbabit melalui tempoh bebas jenayah atau crime-free period.

Beliau berkata pengecualian terhadap rekod jenayah itu bagaimanapun tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan dan jenis kesalahan yang dilakukan.

“Mekanisme peluang kedua (SPENT) ini dirangka dengan mengambil kira beberapa amalan terbaik antarabangsa sebagai penanda aras, termasuk di United Kingdom, Singapura, Brunei dan Australia.

“Maknanya, dia telah disabitkan, kemudian dia merayu, ditolak, habis semua proses itu. Maka kita masukkan nama dia dalam daftar. Setelah selesai menjalani hukuman atau membayar denda serta tidak mengulangi kesalahan dalam tempoh munasabah, individu itu boleh dianggap tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) berhubung cadangan kementerian untuk menghapuskan rekod bekas banduan bagi memudahkan mereka mencari pekerjaan.

Mekanisme SPENT terkecuali bagi bekas banduan dengan kesalahan serius

Saifuddin Nasution berkata menerusi Mekanisme SPENT atau nyahaktif rekod, individu yang telah selesai menjalani hukuman dan tidak mengulangi jenayah akan dipertimbangkan sebagai tidak mempunyai rekod jenayah aktif, kecuali bagi kesalahan serius.

Beliau berkata Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan pindaan itu pada 21 Mei tahun lepas, sekali gus memberi mandat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memulakan proses pindaan perundangan.

“Cadangan ini kini berada di peringkat semakan Jabatan Peguam Negara dan saya bercadang membentangkannya pada sesi Parlimen tahun ini,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Roslan mengenai stigma masyarakat terhadap bekas banduan, Saifuddin Nasution berkata perkara itu memerlukan komitmen bersama termasuk peranan majikan dan komuniti.

Beliau berkata sokongan berterusan kerajaan tetap disalurkan melalui program pemulihan, latihan kemahiran dan penempatan pekerjaan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Setakat ini, sebanyak 2.6 juta individu direkodkan di bawah Akta 7 sejak 1969 dengan hampir separuh daripadanya melibatkan sabitan berkaitan kesalahan dadah, termasuk di bawah Seksyen 12 dan Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata sebelum pindaan akta itu dilaksanakan, kerajaan melalui Jabatan Penjara Malaysia telah pun memulakan inisiatif pemberian peluang kedua menerusi program pemulihan dalam komuniti.

Sambil memberi contoh bagi banduan yang terlibat dengan kesalahan kecil, beliau berkata mereka kini berpeluang menjalani satu pertiga tempoh hukuman di dalam penjara manakala baki tempoh dua per tiga dijalankan di luar.

"Kita sediakan tempat, peluang pekerjaan dan kita latih mereka dengan latihan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional). Setakat ini kita mempunyai enam pusat di luar, antaranya di Pantai Merdeka yang menempatkan 250 orang.

"Hasilnya, bagi setiap 800 orang yang kita bebaskan, hanya seorang sahaja kembali ke penjara. Ini adalah satu cerita kejayaan walaupun akta ini belum lagi dipinda," katanya.

Sumber:BERNAMA