Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tak Lepas Peluang, Ramai Kongsi Pengalaman Naik ECRL Dari KotaSAS Ke Kuantan Port City
Sejak dahulu lagi, pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat.
Daripada bas dan kereta api sehinggalah ke perkhidmatan feri dan kapal terbang, semuanya menjadi nadi yang menghubungkan orang ramai dari satu destinasi ke destinasi lain.
Bagi yang bekerja di bandar, pengangkutan awam memudahkan perjalanan harian ke tempat kerja tanpa perlu memikirkan soal parkir atau kesesakan jalan raya.
Dalam masa sama, apabila tiba musim perayaan atau cuti panjang, pengangkutan awam jugalah yang menjadi pilihan utama untuk pulang ke kampung halaman.
Walaupun kadang-kadang perlu bersesak dan beratur panjang, suasana itu tetap membawa rasa teruja kerana di hujung perjalanan, keluarga tersayang sedang menanti.
Seperti yang diketahui, projek ECRL sepanjang 665 kilometer telah memperuntukkan 11 set tren EMU enam gerabak bagi perkhidmatan penumpang serta 12 E-Loco untuk tujuan kargo.
Setakat ini, dua set tren EMU dan dua E-Loco telah tiba di Malaysia pada penghujung 2025 dan telah dirasmikan hari ini.
Orang ramai turut berpeluang menaiki ECRL bagi perjalanan pergi dan balik dari KotaSAS ke Kuantan Port City untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan tren moden tersebut.
Difahamkan, ia merupakan projek ECRL yang sedang menjalani ujian percubaan (test run).
Tidak ketinggalan, ada juga yang berkongsi suasana serta pengalaman mereka menaiki ECRL di media sosial, sekali gus menarik perhatian ramai yang teruja untuk mencuba perkhidmatan itu.






Reka bentuk luaran dan dalaman tren itu dilhamkan daripada seni serta kebudayaan Malaysia dan dilengkapi kemudahan seperti tandas, rak bagasi, kaunter makanan dan minuman, bilik solat berserta tempat wuduk selain kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi memastikan keselesaan semua penumpang.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turut memaklumkan baki tren dijadual tiba dalam beberapa bulan akan datang secara berperingkat dan akan diuji sebelum beroperasi.
Sementara itu, beliau berkata inisiatif penyediaan infrastruktur rangkaian mudah alih di sepanjang jajaran ECRL juga penting kerana dapat memberikan keselesaan kepada penumpang.
Beliau turut berharap beberapa kawasan yang belum diliputi rangkaian internet bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Bhd dapat dilengkapkan agar capaian dapat dinikmati pengguna di sepanjang perjalanan.