Siakap Keli
nama proton ev
Gambar: Proton Cars

Proton e.MAS, Logo & Nama Jenama EV Proton Didedah

Proton e.MAS, Logo & Nama Jenama EV Proton Didedah

Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) akhirnya mendedahkan logo dan nama kepada jenama kenderaan elektriknya (EV) kepada umum.

Menerusi satu pelancaran yang turut disiarkan menerusi laman Facebook Proton Cars, jenama EV mereka kelak akan dinamakan sebagai Proton e.MAS.

Manakala logo baharu EV itu turut mengekalkan harimau yang menjadi lambang ikonik Proton, namun diberi nafas baharu.

Bagaimanapun, Proton tidak mendedahkan model EV mereka dalam acara tersebut.

e.MAS, jenama EV baharu Proton

Berkenaan nama jenama EV tersebut, e.MAS adalah gabungan huruf e bersama perkataan MAS. E disini membawa maksud Electrifying dan juga EV.

Manakala MAS pula adalah singkatan yang sering digunakan bagi merujuk kepada nama Malaysia.

Dalam pada itu, Proton turut memaklumkan seramai 25,432 orang peserta telah menyertai pertandingan meneka nama Proton EV yang dibuka sebelum ini.

Proton buka pertandingan namakan EV pertamanya pada 20 Mei lepas

Terdahulu, Proton menganjurkan pertandingan tersebut yang berlangsung selama 16 hari bermula pada 20 Mei sehingga 5 Jun lepas.

Pemenang yang memenangi pertandingan tersebut akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM5,000.

Manakala pemenang tempat kedua pula akan menerima wang tunai berjumlah RM1,500 dan diikuti pemenang tempat ketiga yanag akan memperoleh RM1,000.

Selain itu, lima pemenang sagu hati juga akan menerima wang tunai RM100 setiap seorang.

BACA: Polis Tahan Datuk & Nenek Zayn Rayyan

Sumber: Proton Cars

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.