Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Pelepasan 329 banduan Aidiladha
Sumber: Bernama

329 Banduan Di Tiga Negeri Diberi Pelepasan Sempena Aidiladha

Hannah

329 Banduan Di Tiga Negeri Diberi Pelepasan Sempena Aidiladha

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Sebanyak 329 banduan dan penghuni pusat koreksional di tiga negeri akan menyambut Aidiladha bersama keluarga tersayang melalui program Pelepasan Bantuan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) hari ini.

Di SABAH, Pengarah Penjara Sabah dan Labuan Nora Musa berkata sebanyak sebanyak 196 orang menerima pelepasan melalui PBSL dan daripada jumlah itu, 64 orang bebas berlesen (OBB) adalah dari penjara Kota Kinabalu.

Beliau berkata OBB kecuali tahanan rumah, akan dipastikan mempunyai pekerjaan bagi memperoleh pendapatan untuk diri dan juga keluarga mereka, di samping sebagai langkah penting dalam usaha mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat.

Beliau turut menasihati OBB supaya tidak sama sekali kembali ke penjara dengan memastikan diri mereka bersih daripada sebarang jenayah, dan menjadi anggota masyarakat yang produktif.

BACA: Faisal Pernah Terfikir Nak Berhenti Main Bola Demi Keselamatan Keluarga

Di TERENGGANU, Pengarah Penjara negeri Hamid Taha berkata 118 banduan diberi pelepasan melalui PBSL Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti).

Hamid berkata sejak PBSL diperkenalkan, sejumlah 1,500 banduan telah dibebaskan secara lesen dengan hanya lima daripadanya kembali dimasukkan ke penjara.

“Kejayaan ini disebabkan peluang pekerjaan yang ada buat banduan ini hasil kerjasama keluarga dan majikan, 90 peratus daripada mereka telah bekerja dan dapat menyara keluarga,” katanya menambah bahawa kebanyakan yang dibebaskan adalah pesalah jenayah dadah.

Sementara itu, di PERLIS, Pengarah Penjara negeri Raja Nazril Azman Raja Azam Iskandar berkata 15 penghuni Pusat Koreksional Perlis (Jabatan Penjara Malaysia) dibebaskan menerusi PBSL Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti).

“Kesemua penghuni yang dibebaskan berlesen ini akan dipantau oleh Parol daerah masing-masing, mereka tidak perlu ke Parol tetapi pihak Parol itu sendiri akan datang ke rumah, serta mereka hanya dibenarkan keluar dalam tempoh 8 pagi hingga 5 petang,” katanya.

BACA: Lelaki Ditahan Disyaki Pecah Rumah, Mahu Penuhi Keinginan Isteri Bercuti

Sumber: Bernama