Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Lelaki Ditahan Disyaki
Kredit: Bernama

Lelaki Ditahan Disyaki Pecah Rumah, Mahu Penuhi Keinginan Isteri Bercuti

Athirah

Lelaki Ditahan Disyaki Pecah Rumah, Mahu Penuhi Keinginan Isteri Bercuti

KUALA NERANG, 13 Jun (Bergambar) — Seorang lelaki yang disyaki aktif melakukan jenayah pecah rumah di Padang Terap hingga menyebabkan kerugian mencecah RM40,000, ditahan di sebuah rumah di Felda Lubuk Merbau, akhir bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Mulkiaman Manzar berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan pada 12.30 tengah malam, 31 Mei oleh sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap.

Beliau berkata suspek yang berasal dari Sik itu mengaku terlibat dalam 21 kes pecah rumah di daerah itu dan dikatakan melakukan jenayah terbabit bagi memenuhi keinginan isterinya untuk pergi bercuti serta membayar hutang skim pembiayaan kredit.

“Suspek bergerak secara bersendirian melakukan jenayah itu di sekitar kawasan Felda Lubuk Merbau dan Naka dekat sini. Dia juga melakukan pecah kenderaan dan mencuri barangan berharga di tempat letak kenderaan dan rumah-rumah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menahan isterinya yang berusia 30 tahun di rumah mereka di Felda Lubuk Merbau dekat sini pada 3 Jun lepas untuk membantu siasatan.

Mulkiaman berkata polis merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk pecah rumah di rumah suspek termasuk gunting pemotong besi dan sarung tangan selain sebuah kereta yang disyaki digunakan suspek untuk melakukan jenayah itu.

“Hasil siasatan lanjut terhadap suspek, polis menahan seorang lelaki berusia 40-an yang membeli barangan curi dan berjaya menjumpai semula sejumlah barangan yang disyaki dicuri oleh suspek termasuk tong gas, peralatan elektrik dan telefon bimbit.

“Lelaki itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya direkodkan,” katanya.

Beliau berkata isteri suspek juga telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 7 Jun manakala suspek direman hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457, Seksyen 448 serta Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

BACA: “Bukan Perkara Mudah,” Faisal Luah Sebulan Tak Dapat Peluk Anak

Sumber: Bernama