Siakap Keli
faisal tak peluk anak
Gambar: Astro Arena

“Bukan Perkara Mudah,” Faisal Luah Sebulan Tak Dapat Peluk Anak

“Bukan Perkara Mudah,” Faisal Luah Sebulan Tak Dapat Peluk Anak

“Kekuatan saya adalah keluarga saya” itu luah pemain negara yang menjadi mangsa simbah asid pada awal Mei lalu.

Jelas Faisal, dia mendedahkan hampir sebulan anak tiada dalam pelukan bukanlah satu perkara yang mudah buat dirinya.

“Saya orang paling rapat dengan anak, setiap kali saya pergi oversea ataupun outstation, anak saya akan demam seperti rindu ayah.

“Selepas daripada kejadian ini, selama satu bulan saya tak dapat sayang dan peluk anak saya. Bukan perkara yang mudah sebenarnya untuk seorang ayah,” katanya sewaktu sesi soal jawab sebentar tadi.

Gambar: Astro Arena

Tambah Faisal, walaupun sudah dibenarkan pulang ke rumah, dia memberitahu hanya mampu berbuat demikian dalam beberapa hari ini.

“Sehinggalah baru-baru ini, dalam empat, lima hari kebelakang barulah saya dapat sayang dan peluk anak saya. Tapi saya belum dapat tidur bersama anak saya lagi.

“Anak saya adalah kekuatan saya, semangat saya. Saya berharap apa yang jadi saya terima dengan reda, saya terima dengan hati yang terbuka.

“Saya berharap saya dapat kembali memberikan satu hadiah untuk anak saya,” ujarnya dalam sidang media berkenaan.

BACA: Faisal Halim Disimbah Asid, Alami Kecederaan

Sebelum ini, Faisal meluahkan agar pelaku yang menyimbah asid terhadapnya dapat ditangkap secepat mungkin.

“Saya juga berharap si pelaku (suspek simbah asid) akan dapat ditangkap secepat mungkin dan didakwa di Mahkamah,” katanya.

Tambah Faisal, dia sudah tidak sabar untuk kembali semula dalam kelab Selangor FC dan Harimau Malaya, namun dia terpaksa memberi ruang kepada badannya untuk kembali pulih sepenuhnya.

BACA JUGA: Kronologi Kes Zayn Rayyan

“Sejujurnya, saya memang amat merindukan bola sepak baik berlatih mahupun bermain, bukan mudah untuk saya terlantar di rumah, dengan sekadar menonton pasukan Selangor dan Malaysia bermain melalui televisyen.

“Kaki memang menggigil, hati memang meronta-ronta untuk bermain, namun, buat masa sekarang, saya harus fokus untuk proses pemulihan dan rehat sebelum  saya boleh kembali menyertai pasukan seperti sebelum ini.

“Masih terdapat proses pemulihan yang terpaksa saya jalani sebelum doktor mengesahkan yang saya boleh kembali turun ke padang.

“Sudah lama tidak bermain, pasti banyak perkara yang saya harus lakukan seperti kena kuatkan semula otot-otot dan pergerakan saya,” ujarnya dalam sidang media itu.

Sumber: Astro Arena

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"