Alif Aziz, Bella Astillah Sah Bercerai Talak Satu
Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Khamis.
Pelakon dari Singapura itu melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat pada jam 1.10 petang, lapor Sinar Harian.
Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan perceraian yang dibuat oleh Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah pada 11 Mac lalu.
Peguam syarie, Azmi Mohd Rais memaklumkan anak guam yang diwakilinya, Bella, dalam keadaan suci dan tidak mengandung semasa prosiding berlangsung.
Bella dilihat tenang ketika lafaz diucapkan dan bersetuju tidak menuntut mutaah serta nafkah iddah.
Menurut Azmi, kedua-dua pihak juga telah melakukan perbincangan ketika prosiding dan ia termasuk beberapa terma yang dipersetujui.
“Dalam perjanjian itu, ada terma di mana defendan hadir melafazkan cerai dan plaintif melepaskan hak mutaah serta nafkah iddah dan kedua-dua pihak tidak akan menuntut harta sepencarian.
“Aliff lepaskan hak penjagaan anak-anak kepada Bella sepenuhnya selain tidak akan menuntut nusyuz sekiranya ada dan perjanjian itu ditandatangani hari ini,” katanya
Imbas kembali, Aliff dan Bella pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019. Bagaimanapun, mereka rujuk semula ketika dalam iddah.
Sumber: Sinar Harian
BACA: Tersilap Label Sabah & Sarawak Dalam Peta, Proton Mohon Maaf