Siakap Keli
Dunia Dijangka Terlebih Bekalan
Kredit: Bernama

IEA Jangka Dunia Terlebih Bekalan Minyak Menjelang 2030

IEA Jangka Dunia Terlebih Bekalan Minyak Menjelang 2030

Dunia dijangka mempunyai lebihan minyak yang besar menjelang 2030 yang berpunca daripada peningkatan pengeluaran, sementara peralihan kepada tenaga bersih meredakan permintaan.

Dalam laporan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), kapasiti bekalan minyak dunia dijangka meningkat kepada 114 juta tong sehari menjelang 2030.

Bagaimanapun, permintaan minyak global dijangka hanya berada pada tahap 106 juta tong sehari menjelang akhir dekad ini.

Situasi tersebut kemudian akan menyebabkan pasaran perlu bersedia dengan lebihan bekalan minyak dunia sebanyak 8 juta tong sehari.

“Dengan lantunan semula pandemik semakin reda, kemajuan peralihan sektor tenaga bersih dan struktur eknomi China yang berubah, pertumbuhan permintaan minyak global semakin perlahan dan diramal mencapai kemuncak pada 2030.

“Oleh itu, syarikat pengeluar minyak mungkin mahu memastikan pelan dan strategi perniagaan mereka bersedia dengan perubahan ini,” kata Pengarah Eksekutif IEA, Fatih Birol.

Jangkaan muncul selepas isyarat yang diberikan OPEC+

Menurut AFP, jangkaan IEA itu muncul selepas kumpulan pengeluar minyak utama dunia, OPEC+ memberi isyarat bahawa mereka akan merungkai semula pengurangan pengeluaran bermula musim luruh nanti.

Terdahulu, langkah pengurangan pengeluaran dilaksanakan bagi menyokong harga berdepan kebimbangan pengurangan permintaan yang berlaku di seluruh dunia sebelum ini.

Dalam laporan itu juga, IEA berkata negara yang sedang pesat membangun seperti China dan India, serta sektor penerbangan dan petrokimia masih akan memacu permintaan minyak, yang mana berjumlah 102 juta tong sehari pada 2023.

Dunia dijangka terlebih bekalan minyak menjelang 2030

Bagaimanapun, beberapa faktor akan mengehadkan peningkatan permintaan keseluruhan minyak kepada sekitar 4 peratus menjelang 2030.

Antara faktor-faktor tersebut adalah pengguna beralih kepada kereta elektrik dan juga kecekapan penggunaan bahan api oleh kenderaan konvensional yang dilihat ketika ini.

Selain itu, pengurangan penggunaan minyak untuk menghasilkan bekalan tenaga elektrik oleh negara-negara di Asia Barat  juga mendorong kepada pengehadan tersebut.

Athirah

When nothing goes right, go left.