Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ini 20 Lokasi Pengaktifan “Smartlane” Di PLUS Sempena Aidiladha 2024
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan pengaktifan smartlane di 20 lokasi strategik sempena Hari Raya Aidiladha 2024.
Menurut LLM, Smartlane yang menggunakan lorong kecemasan di tempat-tempat tertentu ini bagaimanapun hanya boleh digunakan oleh kenderaan ringan.
“Smart lane akan diaktifkan mengikut jadual dan keadaan trafik dari semasa ke semasa. Bertimbang rasa ketika memandu. Cegah kemalangan,” kata LLM melalui satu hantaran yang dibuat di media sosial.
Lokasi ‘smartlane’ bagi Aidiladha 2024
Dalam pada itu, LLM turut berkongsi senarai lokasi-lokasi dimana pengaktifan smartlane akan dilaksanakan.
Berdasarkan infografik yang dimuat naik, lokasi pengaktifan smartlane tersebut dibahagi kepada tiga kawasan utama melibatkan laluan di PLUS Utara, PLUS Tengah dan PLUS Selatan.
BACA: TV AlHijrah Sajikan Program Istimewa Haji Dengan Tema Pengorbanan Suci Pembersihan Jiwa
Di bawah adalah senarai penuh smartlane mengikut kawasan:
KM 108.0 – KM 112.0 arah selatan: Sungai Petani (Selatan) hingga ‘Layby’ Tikam Batu
KM 150.4 – KM 146.4 arah utara: Bukit Tambun (Utara) ke Plaza Tol Juru
KM 155.5 – KM 157.2 arah selatan: Bandar Cassia ke ‘Layby’ Sungai Bakap
KM 303.2 – KM 297.0 arah utara: Gua Tempurung ke Gopeng
KM 367.3 – KM 354.0 arah utara: Slim River ke Sungkai
KM 354.0 – KM 356.0 arah selatan: Sungkai ke Slim River
KM 439.5 – KM 435.5 arah utara: R&R Rawang ke Sungai Buaya
KM 437.1 – KM 443.3 arah selatan: Sungai Buaya ke Persimpangan Rawang
KM 11.2 – KM 13.3 arah utara: Petron, NKVE ke Subang
KM 3.3 – KM 9.0 arah utara: Setia Alam ke Shah Alam
KM 280.0 – KM 276.0 arah selatan: Nilai ke R&R Seremban
KM 8.1 – KM 6.1 arah utara: OBR USJ ke Seafield
KM 289.4 – KM292.6 arah utara: Putra Mahkota ke Southville
KM 16.3 – KM 13.2 arah utara: Bandar Saujana Putra ke Putra Heights
KM 260.0 – KM 263.1 arah utara: Port Dickson ke Seremban
KM 194.5 – KM 184.0 arah selatan: Ayer Keroh ke ‘Layby’ Bemban
KM 27.0 – KM 19.0 arah selatan: Kulai ke Senai
KM 4.5 – KM 1.9 arah selatan: Dato’ Onn ke Pasir Gudang
KM 0.4 – KM 6.0 arah utara: Pandan ke Kempas

Sumber: LLM Info Trafik