Siakap Keli
lipas tayar motosikal
Gambar: TikTok @khairunnaim4

Lipas ‘Berkampung’ Pada Tayar Motosikal, Lelaki Jelaskan Sebab Ia Berlaku

Lipas ‘Berkampung’ Pada Tayar Motosikal, Lelaki Jelaskan Sebab Ia Berlaku

Kehadiran haiwan perosak sememangnya boleh mengganggu dan menimbulkan rasa kurang senang terhadap kita sebagai penghuni rumah.

Misalnya haiwan perosak seperti tikus, cicak, anai-anai dan lipas, ia bukan sahaja mengganggu rutin harian malah ia mengundang masalah lain seperti menjejaskan tahap kesihatan dan keadaan rumah.

Lebih-lebih lagi lipas, ada sahaja haiwan perosak ini di sekitar rumah. Seperkara lagi, makhluk ini juga kadangkala selalu ‘berkampung’ pada tayar motosikal.

Perkara ini mengundang persoalan dalam fikiran sebahagian warga maya.

Lelaki jelas kenapa lipas “berkampung” pada tayar motor

Gambar: TikTok @khairunnaim4

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @khairunnaim4, yang selalu berkongsi ilmu-ilmu bermanfaat berkenaan kawalan haiwan perosak menjelaskan tentang perkara itu.

Menurut @khairunnaim4, haiwan berkenaan mempunyai alasan tersendiri mengapa ia kerap ditemui berada pada tayar motosikal.

“Berkaitan dengan video lipas panjat atas tayar motor tu, apa punca dia jadi macam tu?

“Jadi kalau tengok keadaan sekeliling macam baru lepas hujan dekat kawasan tu. Bila hujan ni jadi apa? Air naik bukan? Lipas ia duduk dekat mana?

“Dekat dalam longkang, dekat dalam tangki septik dalam main hole. Jadi bila hari hujan, air naik. Rumah lipas pun tenggelam. Bila rumah lipas tenggelam, lipas terpaksa berlari ke tempat tinggi,” jelasnya dalam klip berkenaan.

Naim turut berseloroh sekiranya rumah kita ditenggelami air, pasti akan pergi ke tempat yang lebih tinggi.

Perkara yang sama terjadi kepada haiwan perosak itu, iaitu ia pergi ke tempat yang lebih selamat dan tinggi.

BACA: Hairan, Kenapa Semut Suka Hurung Air Kosong Dalam Cerek? Ini 4 Sebab Ramai Tak Tahu

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan penjelasan berkenaan. Malah, segelintir mereka tidak kering gusi melihat lelaki berkenaan memakai pakaian tak ubah seperti seekor lipas.

“Kau pakai macam ini teringat pula dekat iklan lipas Thailand tu,” komen seorang pengguna.

“Mereka (lipas) nak tumpang motor tu nak pindah bang,” tulis seorang pengguna lagi.

“Terima kasih bang kerana telah membawa suara kelipasan kepada manusia,” seloroh pengguna lain.

“Ya Allah! Tolong aku ni! Sakit perut aku nih! Ya Allah! Hahaha hahaha. Adeh cramp perut aku,” komen seorang lagi pengguna.

@khairunnaim4

Replying to @Fahim N 🍉 naim pest control takde..aku sebagai saksi kejadian akan menjawap persoalan.

♬ original sound – NAIM PEST CONTROL – NAIM PEST CONTROL

Sumber: TikTok @khairunnaim4

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?