Siakap Keli
recurve wanita olimpik paris
Gambar: Majlis Sukan Negara

Skuad Memanah Recurve Wanita Tempah Slot Ke Olimpik Paris 2024

Skuad Memanah Recurve Wanita Tempah Slot Ke Olimpik Paris 2024

ANTALYA — Skuad trio memanah recurve wanita pulang dengan berita gembira apabila berjaya menempah slot ke temasya Sukan Oimpik Paris 2024 Julai depan.

Memetik Stadium Astro, gandingan mantap yang dibentuk oleh Riana Nur Dania Mohamad Zairi, Nurul Azreena Mohamad Fazil dan Syaqiera Mashayikh berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Kejohanan Kelayakan ke Sukan Olimpik di Turki pada Jumaat lalu.

Dalam dalam aksi pusingan kedua, trio negara berjaya menewaskan cabaran Vietnam dengan skor 5-3.

Gambar: Majlis Sukan Negara

Bagi melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik Paris, mana-mana pasukan perlu melayakkan diri ke kelompok lapan terakhir (suku akhir).

Bahkan gandingan tiga altet memanah negara juga berjaya menewaskan Colombia 6-0 dalam suku akhir dan England 5-3 dalam separuh akhir.

Walau bagaimanapun, pasukan negara terpaksa tunduk dengan kehebatan Yang Xiaolei, Li Jiaman dan An Qixuan dari China, untuk sekadar meraih pingat Perak selepas tewas 5-4 pada perlawanan akhir, lapor BERNAMA.

Pasukan Recurve China sebelum ini mara ke pentas akhir selepas menewaskan Taiwan 6-2.

Dalam perkembangan lain, Ariana Nur Dania turut mengesahkan slot ke Olimpik bagi kategori individu recurve wanita dengan merangkul emas pada Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok November lalu.

Sukan Olimpik 2024 akan dijadualkan berlangsung di Paris dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

Sumber: Stadium Astro, BERNAMA 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?