Siakap Keli

‘Kisah Wira Kami’ Versi Hari Bapa

‘Kisah Wira Kami’ Versi Hari Bapa

KUALA LUMPUR, 16 JUN 2024 – Sempena Hari Bapa, Lembaga Tabung Angkatan Tentera  (”LTAT”) mempersembahkan ‘Kisah Wira Kami’, sebuah inisiatif di bawah program ‘Demi Wira  Kami’ untuk mengenang jasa dan pengorbanan para bapa, khususnya anggota Angkatan  Tentera Malaysia (”ATM”).  

Siri ’Kisah Wira Kami’ kali ini menampilkan Nur Mahfuzah Mohd Shukri, yang kini berkhidmat  di LTAT dan juga ayahnya, Peg. Waran II (B) Mohd Shukri bin Abdullah, yang telah berkhidmat sebagai seorang anggota pasukan Komando ATM. Kejayaan PW II (B) Mohd Shukri dalam menceburi bidang keusahawan adalah hasil daripada penglibatan awal beliau sebagai salah  seorang pencarum. LTAT amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada kehidupan  wira-wira negara dan juga keluarga mereka, seperti Cik Mahfuzah, yang bakal menyulam legasi ayahnya bersama aspirasi masa akan datang. 

Mengimbas semula kisah-kisah ini, En. Ashraf Radzi, Ketua Eksekutif LTAT, menegaskan,  “Komitmen LTAT terhadap anggota ATM bukan sekadar menyediakan perlindungan sosial  sahaja, malahan juga memberikan penghormatan tertinggi terhadap pengorbanan dan kisah  kehidupan mereka. Di sebalik kegagahan, kegigihan, dan kesetiaan para wira terhadap  negara, mereka juga mempunyai kisah kehidupan kekeluargaan yang penuh dengan kasih  sayang dan tanggungjawab. Pengorbanan wira negara bukan sahaja untuk diingati, tetapi  juga perlu dikongsikan dan diraikan oleh masyarakat umum.” 

Tambahnya lagi, ”kisah-kisah ini bukan sekadar cerita biasa, tetapi merupakan penghargaan  terhadap wira negara bagi memastikan legasi mereka terus kekal hingga generasi akan  datang.” 

LTAT komited dengan mandatnya untuk memastikan wang simpanan persaraan anggota  ATM terus berkembang agar mereka dapat menjalani kehidupan selesa bersama keluarga  selepas bersara dari perkhidmatan ATM. LTAT turut menawarkan pelbagai manfaat  tambahan kepada pencarum dan keluarga mereka dalam usaha menyediakan perlindungan  sosial menyeluruh termasuk sokongan pendidikan untuk pencarum dan anak-anak, peluang  kerjaya kedua, pengurangan kos sara hidup, serta bantuan kebajikan dan kewangan kepada  anggota ATM, anak-anak, dan veteran yang memerlukan. 

Tontoni video ‘Kisah Wira Kami’ di Youtube.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa