Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Hilangkan bau asap rokok dalam kereta
Gambar Hiasan

Guna Bahan Di Rumah Je, Ini 5 Cara Hilangkan Bau Asap Rokok Dalam Kereta

Athirah

Guna Bahan Di Rumah Je, Ini 5 Cara Hilangkan Bau Asap Rokok Dalam Kereta

Seperti yang kita ketahui, merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan perokok, tetapi juga orang sekeliling.

Bau asap rokok pula cenderung melekat pada fabrik seperti sofa atau langsir, dan lebih parah lagi dalam kenderaan yang dipandu setiap hari.

Walaupun kita bukan perokok, tetapi asap rokok dari orang lain juga boleh meninggalkan bau yang tidak menyenangkan, sekali gus sukar untuk dihilangkan jika tidak menggunakan cara yang betul.

Apabila mengalami situasi begini, pasti ia menjejaskan “mood” untuk memandu dan membuatkan anda segan lebih-lebih lagi sekiranya mempunyai penumpang.

Oleh itu, kali ini SK akan berkongsi cara menghilangkan bau asap rokok dalam kereta dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah, seperti yang disarankan oleh pengguna TikTok, @altimatautogarage.

Terdapat lima cara hilangkan bau dengan hanya menggunakan bahan yang ada di rumah

Sebenarnya, selain menggunakan bahan pewangi yang dijual di pasaran, anda boleh menggunakan beberapa bahan di rumah untuk menghilangkan apa-apa bau kurang menyenangkan dalam kereta secara semula jadi.

Selain menjimatkan, anda juga tidak perlu risau tentang kesan bahan kimia.

Cuka

Menurut @altimatautogarage, cara pertama adalah dengan menggunakan cuka.

Anda boleh tuangkan cuka ke dalam gelas kosong dan biarkan di dalam kereta semalaman.

Cuka akan membantu menyerap bau yang tidak menyenangkan.

Kulit Buah Citrus

Selain itu, anda boleh menggunakan kulit buah-buahan citrus seperti oren, lemon atau limau nipis. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah kumpulkan kulit buah tersebut dalam bekas kosong dan tinggalkannya dalam kereta.

Kulit citrus ini akan menyerap bau asap rokok secara semula jadi.

Kulit Kayu Manis

Tambah @altimatautogarage, cara lain adalah dengan merebus dua hingga tiga batang kulit kayu manis dan tuangkan air rebusan ke dalam cawan.

Kemudian, letakkan cawan tersebut dalam kereta dengan tingkap tertutup sehingga air rebusan mencapai suhu bilik.

Bau harum kayu manis akan membantu menghilangkan bau rokok.

Arang

Seterusnya, ketulan arang juga berkesan untuk menghilangkan bau kurang menyenangkan dalam kereta.

Anda hanya perlu meletakkan arang di bahagian belakang tempat letak kaki.

Arang ini akan menyerap segala bau yang tidak diingini.

Serbuk Kopi

Akhir sekali, serbuk kopi turut membantu menyerap bau kurang menyenangkan dalam kereta, termasuk bau asap rokok.

Anda perlu letakkan serbuk kopi dalam bekas kosong dan biarkan dalam kereta semalaman dengan tingkap tertutup.

Gantikan serbuk kopi dan ulang proses ini beberapa kali sehingga bau betul-betul hilang.

Mudah, bukan? Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

BACA: Rupa-Rupanya Ini ‘Petunjuk’ Lain Nak Tahu Berapa Lama Produk Selamat Diguna

Sumber: Altimat Auto Garage via TikTok