Siakap Keli
penyanyi rap mc baba
Kredit: IG MC Baba

Penyanyi Rap Pekak & Bisu, MC Baba Curi Tumpuan Ramai

Penyanyi Rap Pekak & Bisu, MC Baba Curi Tumpuan Ramai

Dunia rap digegarkan dengan kemunculan seorang penyanyi dari Republik Demokratik Kongo, MC Baba yang pekak dan bisu. Walaupun mempunyai kekurangan, MC Baba berjaya membuat kemunculan dan menjadi sensasi.

Pada 5 Jun 2024, sebuah akaun X (@AfricaFactsZone) telah kongsikan sebuah video menunjukkan persembahan penyanyi itu dan mendapat sambutan hangat dari netizen.

penyayi rap pekak bisu mc baba
MC Baba, penyanyi rap pekak dan bisu dari Kongo. Gambar: Africa Facts Zone.

“Kongo telah menghasilkan rapper bisu pertama Afrika bernama MC Baba,” umum akaun tersebut. Video yang dimuat naik itu telah mencapai 11.3 juta tontonan, setakat ini.

BACA: Lima Hari Dengar Baru Habis, Ini Lagu Paling Panjang Pernah Dirakam Di Dunia

Kemunculan MC Baba curi tumpuan netizen seluruh dunia

MC Baba telah memulakan kerjayanya sebagai penyanyi rap semenjak tahun 2021 lagi. Dia menceburi bidang ini dengan menyertai pertandingan rap gaya bebas di sana. Kemunculan sulungnya di hadapan para netizen ialah dalam lagu yang digubah oleh Paterne Maestro dari Brazaville, “Oko Lela Epa Ya Nani”.

BACA: Yana Samsudin Luah Rasa Risau, Anak Garu Leher Sampai Berdarah

Menerusi akaun TikTok miliknya (@mc.baba.official), beliau turut memuat naik beberapa video beliau ‘menyanyi’ dengan caranya yang unik. Video ini turut mendapat sambutan netizen dengan jumlah perkongsian sebanyak 101.1 ribu.

@mc.baba.official

BISO LOVE disponible partout 👌🏼🔥🙌🏾 Feat @Gaz fabilouss #brazzabuzz🇨🇬 #love #abidjan225🇨🇮 #flypシ🤗❤️🙏___viral🙈surabaya😍😍 #flyp #kinshasa🇨🇩 #pointenoi

♬ son original – Mc BABA official

Penyanyi rap ini meraih populariti melalui penghasilan bunyi berirama dan pergerakan bibir sahaja. Persembahan muziknya tidak mengandungi sebarang perkataan yang menjadi lirik, hanya suara yang diselang seli dengan lagu latar.

Kemunculan penyanyi rap ini menerima sambutan positif dari netizen serata dunia.

“MC Baba mengagumkan. Cipta genre baru dalam genre hip hop. Teruskan keghairahan mencipta lagu,” kata seorang netizen.

“MC Baba adalah bukti bahawa kita boleh buat apa saja yang kita fikir tanpa mengira masalah/kekurangan yang dihadapi,” kata seorang lagi netizen.

Sumber: No Musica, Snopes

BACA: Ustaz Kazim Sedia Berlakon Watak Jahat

BACA JUGA: Arab Saudi Pasang Jalan Asfalt Di Sekitar Arafah, Boleh Kurangkan Suhu Panas

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.