Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Agong Salur Nilai Bidaan Plat FFF 1 Kepada Kerajaan Persekutuan

Athirah
Agong Salur Nilai Bidaan
Kredit: Bernama

Agong Salur Nilai Bidaan Plat FFF 1 Kepada Kerajaan Persekutuan

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyalurkan nilai bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas sebanyak RM1.75 juta kepada kerajaan Persekutuan.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar nilai bidaan yang disalurkan kepada kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.

“Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta,” menurut catatan berkenaan.

BACA: Enam Lagi Jemaah Haji Malaysia Disahkan Meninggal Dunia Di Tanah Suci

BACA: Tular Video Wanita Maut Ditimpa Bongkah Batu Ketika Melawat Air Terjun

Sumber: Bernama