Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tiada Kategori

Malaysia Dan Republik Rakyat China Menandatangani MoU Kerjasama Dalam Bidang Pelancongan

Nurul Naqiyah

Malaysia Dan Republik Rakyat China Menandatangani MOU Kerjasama Dalam Bidang Pelancongan

19 Jun 2024 – YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan TYT Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China (RRC) ke Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama dalam Bidang Pelancongan dan Perjanjian Program Eksekutif Pertukaran Kebudayaan bagi tahun 2024 hingga 2029, sewaktu lawatan rasmi TYT Li Qiang, Premier Republik Rakyat China ke Malaysia pada 18 hingga 20 Jun 2024.

Pertukaran kedua-dua Perjanjian ini telah diadakan dalam Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman yang disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan TYT Li Qiang, Premier Republik Rakyat China di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Pemeteraian kedua-dua perjanjian ini adalah seiring dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia – China yang diraikan pada tahun 2024 dalam usaha meningkatkan lagi sinergi dalam bidang kebudayaan dan pelancongan antara kedua dua buah negara.

malaysia china kerjasama bidang pelancongan

Antara kerjasama yang akan dilaksanakan oleh kedua-dua buahnegara hasil pemeteraian perjanjian dalam bidang kebudayaan ini termasuk pencalonan bersama bagi Tarian Singa dalam UNESCO Representative List of Intangible Cultural Heritage (ICH) of Humanity serta keahlian Malaysia dalam Alliance for Cultural Heritage in Asia (ACHA) yang diterajui oleh China.

Satu persembahan Teater Muzikal Hang Li Po khas oleh Orkestra Traditional Malaysia, Istana Budaya dengan pemuzik dari China akan diadakan.

Pemeteraian MoU dalam bidang pelancongan akan mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan China ke penggalakan dan pemasaran pelancongan, peningkatan kesalinghubungan udara yang menghubungkan destinasi pelancongan utama di Malaysia dan China, pelancongan perniagaan (MICE) dan promosi serta pembangunan pelancongan berteraskan komuniti dan eko-pelancongan.

malaysia china kerjasama bidang pelancongan

Malaysia dan China akan terus meningkatkan lagi kolaborasi dalam bidang pelancongan dan kebudayaan ke arah pembangunan produk dan perkhidmatan industri seni, budaya serta warisan negara melalui perkongsian ilmu dan pertukaran kepakaran.