Siakap Keli
Arab Saudi Had Masa Khutbah
Kredit: AFP

Cuaca Panas, Arab Saudi Pendekkan Khutbah Jumaat Di Dua Masjid Suci Kepada 15 Minit

Cuaca Panas, Arab Saudi Pendekkan Khutbah Jumaat Di Dua Masjid Suci Kepada 15 Minit

Arab Saudi dilapor telah mengeluarkan perintah diraja yang mengarahkan tempoh khutbah Jumaat di dua masjid suci dipendekkan kepada 15 minit.

Perintah yang berkuatkuasa bermula 21 Jun sehingga tamat musim panas ini turut menjadikan tempoh azan pertama dengan azan kedua selama 10 minit dengan melambatkan waktu azan pertama.

Sebelum ini, tempoh khutbah di dua masjid suci berkenaan berlangsung antara 30 hingga 45 minit. Namun keputusan untuk memendekkan telah diambil susulan cuaca panas yang melanda Arab Saudi ketika ini.

Menurut Saudi Gazzete, perkara berkenaan diumumkan oleh Presiden Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Rahman bin Abdul Aziz al-Sudais semalam.

Arahan terbabit mencerminkan peribadi mulia kerajaan Arab Saudi

Ujar Sheikh Abdul Rahman, perintah diraja itu mencerminkan kesungguhan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman dan Puteri Mahkota serta Perdana Menteri, Mohammad bin Salman dalam memastikan kesihatan, keselesaan dan keselamatan tetamu Allah.

Langkah ini menunjukkan keprihatinan pimpinan bagi memudahkan pelaksanaan ibadah Jumaat dengan lebih mudah. Ia sekaligus dapat mencegah kemudaratan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Selain itu, arahan diraja ini merupakan prinsip asas Arab Saudi yang memberikan keutamaan kepada keselamatan dan perlindungan para jemaah.

Kota Suci Mekah dan Madinah telah mencapai suhu kemuncak

Difahamkan, keadaan sesak di Kota Suci Mekah dan Madinah ketika ini membuatkan ramai jemaah terdedah secara langsung kepada pancaran matahari.

Jemaah juga terpaksa berdepan dengan cuaca panas dan suhu kemuncak dari 11 pagi hingga 4 petang (waktu tempatan).

Menurut portal Saudi Gazette lagi, kepimpinan Arab Saudi sentiasa berusaha untuk menjaga tetamu Allah. Malah kerajaan itu juga bersungguh-sungguh untuk menyediakan kemudahan, keselamatan dan jaminan kepada mereka dalam semua keadaan.

Hal ini kerana supaya para jemaah dapat melakukan ibadah dengan mudah dan selesa tanpa mendatangkan bahaya atau kemudaratan kepada mereka.

BACA: “Nampak Benda Merangkak Dalam Gelap,” Pengunjung Dedah Lihat Kelibat Seram Tepi Pantai

BACA: Linkin Park Tribute Band Bakal Adakan Konsert Di Malaysia September Ini

Sumber: Saudi Gazette 

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.