Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
faisal halim kunjungan tun mahathir
Gambar: Instagram Faisal Halim

Terima Kunjungan Tun M, Faisal Halim Luah Rasa Terharu

Azizah Najib

Terima Kunjungan Tun M, Faisal Halim Luah Rasa Terharu

Pemain bola sepak negara, Muhammad Faisal Abdul Halim terkejut menerima kunjungan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di rumahnya, pada Sabtu.

Faisal yang sebelum ini cedera akibat simbahan asid ketika pulang dari membeli belah masih dalam proses penyembuhan. Kehadiran Tun Dr Mahathir memberi kekuatan buat pemain bola ini terus cekal dan bersemangat untuk kembali beraksi.

faisal dan tun m
Gambar: Instagram Faisal Halim

“Tidak pernah terjangka untuk menerima kunjungan dari insan hebat hari ini. Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga.

“InsyaAllah saya akan terus cekal dan berusaha keras untuk kembali suatu hari nanti. Terima kasih semua kerana terus mendoakan,” ucap Faisal.

Dalam hantaran Instagram miliknya, Faisal kelihatan tersenyum lebar di samping Tun Dr Mahathir.

Sebelum ini, Tun Mahathir pernah menyuarakan gesaan beliau kepada pihak berkuasa untuk menyiasat punca serangan asid tersebut.

BACA: Faisal Perlu Dapatkan Sokongan Psikologi, Perubatan Untuk Pulih – Pakar

Kehadiran Tun Dr Mahathir mendapat pujian dan penghargaan dari netizen malah, ramai juga terharu.

“Alhamdulillah, nampak semakin membaik. Tun M tetap prihatin macam dulu-dulu. Hormat,” puji seorang netizen.

Senyuman yang dirindu peminat

“Gambar keempat tu senyuman Mickey yang semua peminat rindu. Teruskan bersemangat ye, semoga Allah permudahkan urusan Faisal dan keluarga. Semoga terus melimpah ruah rezeki,” luah seorang lagi netizen.

faisal tun m
Sumber: Instagram Faisal Halim

Faisal yang melecur pada tahap empat akibat insiden simbahan asid pernah melalui prosedur graf kulit bagi mempercepatkan pemulihan kulitnya.

Pemain Selangor FC itu sebelum ini telah mengadakan sidang media pertama selepas insiden terbabit dan meluahkan pernah luntur semangat untuk kembali ke arena bola sepak. Hal itu berikutan rasa bimbang akan keselamatan ahli keluarganya. Namun, semangatnya kian pulih setelah menerima sokongan dan dorongan dari pelbagai pihak.

BACA: Faisal Pernah Terfikir Nak Berhenti Main Bola Demi Keselamatan Keluarga

BACA: Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

Sumber: Instagram Faisal Halim