Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Faisal sokongan psikologi perubatan
Sumber: Bernama

Faisal Perlu Dapatkan Sokongan Psikologi, Perubatan Untuk Pulih – Pakar

Hannah

Faisal Perlu Dapatkan Sokongan Psikologi, Perubatan Untuk Pulih – Pakar

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) — Pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memerlukan masa untuk kembali beraksi, dan beliau perlu mendapatkan bantuan psikologi serta perubatan bagi membantu proses pemulihan sepenuhnya.

Perunding Psikologi Klinikal Pusat Perubatan Prince Court Urmilah Dass berkata Faisal mempamerkan tanda-tanda trauma yang teruk dan tekanan emosi semasa penampilan pertama di khalayak umum pada sidang media Khamis lepas, susulan serangan asid awal bulan lepas.

Urmilah yang mempunyai 18 tahun pengalaman berkata Faisal, atau mesra digelar Mickey, menunjukkan gejala kebimbangan dan kemurungan akibat insiden traumatik itu.

“Jelas daripada sidang medianya bahawa keyakinan beliau sangat terjejas. Faisal bimbang tentang keselamatan dirinya dan keluarga serta merasa putus asa untuk meneruskan kerjaya dalam bola sepak. Beliau juga menahan kesakitan yang tidak tertanggung berikutan mengalami kecederaan melecur tahap empat.

“Hal ini sudah pasti menyebabkan tekanan akut, ketidakselesaan fikizal dan simptom kemurungan dan kebimbangan. Beliau boleh mendapatkan bantuan profesional yang semestinya amat memberikan kelegaan buat diri beliau,” katanya kepada Bernama.

BACA: Faisal Pernah Terfikir Nak Berhenti Main Bola Demi Keselamatan Keluarga

Pemain sayap Selangor FC berusia 26 tahun itu mengalami luka melecur tahap empat pada sebahagian anggota badannya selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.

Pada Khamis (13 Jun), Faisal membuat penampilan pertama pada sidang media yang diadakan di Pusat Latihan Selangor FC di Shah Alam, Selangor. Dua hari kemudian, beliau menonton perlawanan bola sepak yang menyaksikan Red Giants menewaskan Negeri Sembilan 4-0 untuk mara ke suku akhir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Urmilah berkata kejadian traumatik itu meninggalkan kesan pada jiwa manusia dan setiap orang memberikan reaksi berbeza, dengan tanda-tanda lazim termasuk kewaspadaan tinggi, imbas kembali, ketakutan terhadap lokasi kejadian, mood yang rendah, mudah marah dan menarik diri daripada bersosial.

“Selepas serangan sedemikian, seseorang mungkin menunjukkan ketakutan mendalam dan keengganan untuk kembali ke lokasi atau sebarang tempat yang mengingatkan mereka tentang serangan itu. Sekiranya mereka terpaksa kembali ke lokasi, mereka mungkin mengalami ketakutan melampau jika diserang lagi.

“Mereka juga akan bimbang dengan keselamatan insan tersayang yang mungkin menyebabkan mereka kurang keluar ke tempat awam dan lebih berhati-hati dengan persekitaran,” katanya dan menambah dengan intervensi yang betul, pemulihan sepenuhnya mungkin boleh berlaku.

Urmilah berkata dalam sebarang situasi traumatik yang menyebabkan kesukaran emosi, sokongan sosial daripada keluarga, rakan dan masyarakat adalah sangat penting.

BACA: Faisal Halim Luah Tidak Lagi Dapat Menjalani Kehidupan Seperti Biasa

Sumber: BERNAMA