Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
wan zarif masters lelaki
Kredit: Bernama

Wan Zarif Rangkul Gelaran Masters Lelaki Remaja Asia

Azizah Najib

Wan Zarif Rangkul Gelaran Masters Lelaki Remaja Asia

PETALING JAYA, 22 Jun (Bernama) — Selepas tujuh tahun, Wan Zarif Ikram kembali mengukir senyuman buat pasukan negara apabila menuai pingat emas menerusi acara Masters lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway di sini hari ini.

Atlet berusia 17 tahun yang membuat penampilan kedua pada kejohanan berkenaan menumpaskan Jovi Ma dari Hong Kong (385 mata) setelah merekodkan keseluruhan 427 jatuhan pin, manakala pingat gangsa acara sama dimenangi rakan senegara, Ethan Damien Goh.

Tanpa mengenal erti putus asa, Wan Zarif yang merupakan atlet pelapis, mengakui turun dengan mentaliti juara membantu dirinya mengungguli podium di hadapan peminat sukan tenpin boling tanah air.

BACA: Terima Kunjungan Tun M, Faisal Halim Luah Rasa Terharu

“Saya tak sangka sebab dari hari pertama kerja keras untuk acara individu (tetapi) tidak menjadi. Memang ada kekecewaan (namun) saya berjuang hingga ke akhirnya. Alhamdullilah hari ini, dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.

“Selepas ini saya akan sertai Sukan Malaysia (SUKMA) dan menjadi wakil Terengganu. Saya sasarkan (acara) Single, All Events dan Masters,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, jurulatih skuad remaja kebangsaan Alex Liew menyatakan rasa gembira apabila anak buahnya menyerlah dalam acara berkenaan yang kali terakhir dimenangi Tun Hakim pada edisi Kuching, Sarawak 2017.

“Kita ingatkan Wan Zarif untuk kekal tenang dan jangan terburu-buru. Dia melakukannya dengan baik dan saya gembira dengan keputusan keseluruhan. Saya kecewa dengan acara berpasukan sebelum ini sebab kita mempunyai masalah dan ini seperti membayar balik dengan dapatkan pingat emas,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia menutup kempen edisi ke-23 dengan tiga emas, dua perak dan tiga gangsa.

Malaysia sebelum ini menuai dua pingat emas menerusi acara All Events wanita yang diwakili Afiqah Kamilia Ali, selain atlet berusia 18 tahun itu membantu Intan Nor Edryana Nor Azliman, Nur Ainul Hayat Ad Nor dan Adelia Nur Irwan Syazalee menjuarai acara berpasukan wanita.

Dua pingat perak pula disumbang Intan Nor Edryana (All Events wanita) dan Malaysia B yang diwakili Amin Zulkarnain Zulkifli, Eldred Kho Yek Zhen, Muhammad Aiman Syahin dan Muhammad Aqil Faizal menerusi acara berpasukan lelaki.

Tiga pingat gangsa pula diperolehi menerusi Ethan Damian Goh dalam acara individu lelaki dan Master lelaki serta Qurratu’ain Izdihar Mohd Pozi (individu wanita).

Sumber: BERNAMA