Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
mydinpay
Tiada Kategori

MYDIN Lancar MYDINPAY, Tingkat Pengalaman Beli-Belah Melalui Aplikasi Fintech Terbaharu 

Nurul Naqiyah

MYDIN Lancar MYDINPAY, Tingkat Pengalaman Beli-Belah Melalui Aplikasi Fintech Terbaharu

SUBANG JAYA, 20 JUN 2024: Mydin Mohamed Holdings Berhad, (MYDIN) pada hari ini melancarkan aplikasi e dompet ‘MYDINPay’ bagi menawarkan pengalaman beli-belah lebih mudah dengan inovasi terbaharu. Inisiatif ini selaras dengan usaha kerajaan Malaysia menuju ke arah ekonomi digital.

Pelancaran aplikasi e-dompet ‘MYDINPay’ telah disempurnakan oleh Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo di MYDIN Subang Jaya.

Aplikasi e-dompet yang merupakan aplikasi yang pertama dilancarkan oleh rangkaian peruncit dan pemborong di Malaysia mempamerkan kesediaan MYDIN berubah ke era digital dan mendepani perubahan pasaran. Pendekatan proaktif untuk beradaptasi dengan inovasi digital ini membuktikan komitmen MYDIN terhadap landskap fintech yang berkembang pesat.

Bersempena dengan pelancaran ini, ‘MYDINPay’ menawarkan baucar RM5 bagi 1,000 pengguna aplikasi yang terawal, sementara 3,000 pelanggan pertama yang membelanjakan RM150 ke atas dengan aplikasi ‘MYDINPay’ di mana-mana cawangan MYDIN layak menikmati pulangan tunai sebanyak 5%.

mydinpay
mydinpay

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, “ Kami komited dalam memastikan pelanggan setia kami mendapat pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dengan inovasi perniagaan yang memberi kemudahan kepada mereka.

“Kami sudah berada di persada perniagaan lebih dari enam dekad, justeru itu kami perlu terus menyesuaikan perniagaan mengikut perubahan semasa kerana keperluan pelanggan sentiasa berubah-ubah. Integrasi penyelesaian fintech canggih ini bertujuan untuk menjadi penanda aras baru untuk kemudahan runcit dan penglibatan digital,” tambahnya.

Pembangunan aplikasi ‘MYDINPay’ direalisasikan melalui kerjasama MYDIN dengan Wavpay pada Oktober 2023. Kerjasama ini memperkenalkan MYDIN sebagai Rakan Dompet Omnichannel pertama, merupakan program yang memanfaatkan infrastruktur e-dompet yang mantap daripada Wavpay. Inisiatif ini membolehkan rakan kongsi mencipta aplikasi mereka sendiri dengan ciri e-dompet bagi memudahkan transaksi digital dan meningkatkan penglibatan dengan pengguna sasaran mereka.