Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Terputus Bekalan Elektrik, Penduduk Batam Serbu Pusat Beli-Belah Untuk Cas Telefon

BATAM
Tangkap layar video Instagram @socialfeed_id

Keadaan sebuah pusat beli-belah di Batam, Kepulauan Riau, Indonesia menjadi tumpuan apabila orang ramai dilihat berkumpul untuk mengecas telefon selepas kawasan perumahan mereka terputus bekalan elektrik.

Kejadian yang berlaku di Mega Mall Batam Centre itu tular selepas rakaman video dimuat naik menerusi akaun Instagram @socialfeed_id.

Menerusi video berkenaan, orang ramai dilihat duduk di kawasan yang mempunyai soket elektrik bagi mengecas telefon masing-masing.

Lebih menarik perhatian, ada antara mereka yang sanggup membawa pengecas berbilang port bagi membolehkan beberapa peranti dicas.

Bukan itu sahaja, pusat beli-belah berkenaan turut menjadi tempat penduduk menyejukkan diri sementara menunggu bekalan elektrik pulih, memandangkan kawasan itu dilengkapi penyaman udara.

Sumber:Instagram
Intipati
  • Penduduk Batam berkumpul di Mega Mall Batam Centre selepas kawasan perumahan terputus elektrik.
  • Rakaman tular menunjukkan orang ramai duduk berhampiran soket untuk mengecas telefon masing-masing.
  • Ada penduduk membawa pengecas berbilang port, selain menyejukkan diri dalam pusat beli-belah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan