Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Penyokong Selangor FC Bersolidariti
Kredit: Bernama

Piala Sumbangsih: Selangor FC Didenda RM 100, 000 & Tiga Lagi Hukuman Lain

Athirah

Piala Sumbangsih: Selangor FC Didenda RM 100, 000 & Tiga Lagi Hukuman Lain

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan empat hukuman yang dikenakan ke atas Selangor FC susulan ketidakhadiran pasukan itu ke Perlawanan Sumbangsih dan Liga Super (LS1) menentang JDT pada 10 Mei lepas.

Menurut MFL, hukuman berkenaan diputuskan secara sebulat suara oleh Ahli Lembaga Pengarah yang hadir ke mesyuarat untuk membincangkan kes berkenaan.

Dalam kenyataan media yang diterbitkan, Selangor FC dikenakan hukuman denda sebanyak RM 100,000 dengan denda berkenaan akan diserahkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.

Selain itu, kelab berkenaan juga perlu membayar pampasan kerugian yang ditanggung JDT selaku tuan rumah dalam Perlawanan Sumbangsih dan juga kepada MFL.

“MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya,” kata kenyataan itu lagi.

Beraksi tanpa kehadiran penyokong di stadium

Selangor FC turut berdepan hukuman pemotongan tiga mata selain perlawanan LS14 menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tanpa kehadiran penonton.

“Operasi perlawanan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara MFL dan Selangor FC dengan syarat kemasukan wakil-wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan untuk kehadiran pada hari perlawanan,” kata MFL lagi.

Selangor FC tidak hadir ke Piala Sumbangsih

Terdahulu pada 8 Mei, Selangor FC mengumumkan keputusan kelab itu untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024.

Menerusi satu kenyataan, kelab bola sepak itu berkata keputusan terbabit dibuat setelah penelitian dijalankan dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak.

Ia membabitkan insiden jenayah serta ancaman yang berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukannya ketika itu.

Justeru, pihak kelab terpaksa mengambil keputusan sukar untuk tidak hadir ke Perlawanan Sumbangsih berkenaan.

Menurut Selangor FC, keselamatan pasukan sentiasa menjadi keutamaan dan mereka tidak akan berkompromi dalam perkara tersebut.

BACA: Semakin Menular, Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum “Childfree”

BACA: Hadiah Basikal: Ibu Bapa “Prank” Anak Sulung, Reaksi Matang Anak Jadi Tumpuan

Sumber: Malaysian Football League, Selangor FC