Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
VEP Singapura Malaysia
Sumber: Sinar Harian

VEP: MOT Tegaskan Pemandu Singapura Perlu Selesai Saman Sebelum Keluar Malaysia

Hannah

VEP: MOT Tegaskan Pemandu Singapura Perlu Selesai Saman Sebelum Keluar Malaysia

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengeluarkan amaran tegas kepada semua kenderaan asing agar mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia berikutan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang akan bermula pada 1 Oktober ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dan serius dalam menguatkuasakan peraturan tersebut.

“Bermula 1 Oktober, VEP akan dikuatkuasakan. Mesejnya adalah jelas. Saya harap pemandu dari Singapura yang kerap masuk ke Malaysia patuh kepada undang-undang dan peraturan ditetapkan.

“Jika sebelum ini mereka yang mempunyai banyak saman sukar dikesan, jadi dengan pelaksanaan VEP dapat mengenal pasti setiap kenderaan asing yang masuk ke Malaysia dan melanggar undang-undang, mereka perlu bayar saman dulu sebelum keluar dari negara kita,” katanya ketika sidang akhbar di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-4 Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia (PIMA) pada Selasa.

Kutipan Caj Jalan & RCVEP di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula 1 Oktober ini

Terdahulu, MOT dilaporkan bakal melaksanakan sistem Kutipan Caj Jalan dan Permit Kemasukan Kenderaan Asing (RCVEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula 1 Oktober ini.

Menurut Anthony, mana-mana individu yang memandu kenderaan moto asing tanpa permit sebelum memasuki atau berada di dalam Malaysia adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 66H (7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta333).

Tambah beliau, MOT sejak April 2019 telah melaksanakan pendaftaran VEP kepada pemilik kenderaan asing yang melintasi Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor dan Kompleks CIQ Bangunan Sultan Abu Bakar di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Mengulas lanjut, Anthony memaklumkan, semua pemilik kenderaan motor asing yang akan melintasi Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura agar menggunakan tempoh masa dari sekarang sama ada untuk memperbaharui VEP yang akan tamat tempoh atau melengkapkan proses pendaftaran untuk mendapatkan VEP bagi kenderaan mereka.

Dilaporkan, menurut rekod semasa, hanya sekitar 70,000 kenderaan motor berdaftar di Singapuran yang telah mengaktifkan tag VEP berbanding lebih 200,000 kenderaan yang berdaftar tetapi masih belum melengkapkan proses memasang dan mengaktifkan tag VEP masing-masing.

Dalam pada itu, Anthony menyatakan bahawa pelaksanaan VEP juga akan diperluas di sempadan darat Malaysia-Thailand.

BACA: Piala Sumbangsih: Selangor FC Didenda RM 100, 000 & Tiga Lagi Hukuman Lain

BACA: MYDIN Lancar MYDINPAY, Tingkat Pengalaman Beli-Belah Melalui Aplikasi Fintech Terbaharu

BACA: SPRM Tahan Warga Singapura, Disyaki Dalang Utama Kes Kontena Terbang

Sumber: Sinar Harian