Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
gadis rusia gaji suami
Kredit: @spstreetstory via TikTok
Tiada Kategori

“Janji Cukup Tampung Perbelanjaan”, Gadis Rusia Tak Kisah Kahwini Bakal Suami Gaji RM2k

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Janji Cukup Tampung Perbelanjaan”, Gadis Rusia Tak Kisah Kahwini Bakal Suami Gaji RM2k

Apabila sebut sahaja mengenai perkahwinan, perkara pertama yang terlintas di fikiran tentunya persediaan daripada segi kewangan.

Sebaik sahaja mendirikan rumah tangga, perbelanjaan bulanan boleh meningkat dan berbeza berbanding ketika masih bergelar bujang.

Jadi, amat penting bagi pasangan untuk memastikan kewangan mereka kukuh dan mencukupi untuk menempuh cabaran hidup berdua kelak.

Bila sebut tentang kewangan ini, memang jadi kelaziman setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza tentang jangkaan gaji pasangan yang mereka ingin kahwini.

Gadis Rusia tak kisah kahwini lelaki bergaji RM2000, asalkan cukup tampung perbelanjaan

Begitu juga dengan seorang gadis yang berasal dari Rusia ini ketika ditanya berkenaan gaji yang perlu dimiliki seorang lelaki yang berhajat meminang wanita dari negaranya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @spstreetstory, gadis tersebut memberitahu jumlah gaji pasangan tidaklah begitu dipandang wanita-wanita disana.

Sebaliknya ia sudah memadai andai gaji yang diperolehi cukup untuk menampung segala perbelanjaan untuk menjalani kehidupan berpasangan.

Gadis itu kemudian memberi anggaran pendapatan yang dianggp sesuai oleh wanita di Rusia iaitu sekitar US$500 atau bersamaan kira-kira RM2,353.

Bakal suami perlu beri duit kepada ibu bapa pengantin perempuan untuk majlis kahwin

Dalam pada itu, dia sempat berkongsi beberapa tradisi mereka yang perlu diterima oleh setiap lelaki.

Katanya, suami perlu bersedia memberikan duit kepada ibu bapa bakal isteri di mana duit tersebut akan digunakan untuk majlis perkahwinan mereka kelak.

Jelasnya, perbelanjaan yang dikatakan itu hanyalah sekitar US$200 (kira-kira RM941).

“Bakal suami juga perlu menanggung segala kos perbelanjaan lain untuk majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan,” jelasnya seperti di dalam video @spstreetstory.

Kos majlis perkahwinan teman rapatnya ditanggung oleh bakal pengantin lelaki

Sebagai contoh, majlis perkahwinan rakannya pada bulan Ogos akan datang akan ditanggung sepenuhnya oleh bakal pengantin lelaki.

Menurut gadis berkenaan, majlis perkahwinan yang bakal diadakan nanti hanyalah secara kecil-kecilan yang melibatkan ahli keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat.

Kos perbelanjaan majlis perkahwinan tersebut hanya menelan belanja sekitar US$700 (RM3,298) sahaja.

“Mereka (bakal pengantin) berbelanja wang bukan untuk majlis perkahwinan, tetapi untuk destinasi berbulan madu,” ujarnya lagi.

BACA: VEP: MOT Tegaskan Pemandu Singapura Perlu Selesai Saman Sebelum Keluar Malaysia

Sumber: @spstreetstory via TikTok